suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gadis muka cantik tapi pengotor, bilik macam tongkang pecah... Setiap kali masuk kereta semerbak bau ikan masin!

Masalah bau badan boleh menjejaskan keyakinan seseorang. -Gambar hiasan AI

PENAMPILAN luaran yang menarik bukan jaminan seseorang itu pembersih dalam kehidupan seharian.

Menurut seorang wanita, dia pernah mengenali seorang individu yang cukup menjaga penampilan namun membiarkan bilik sewa seperti tongkang pecah.

"Teringat dulu kawan saya ini badan putih, kulit mulus, muka glowing, sentiasa wangi, bersolek cantik-cantik. Pergi mana-mana pakai outfit cantik. 

Setiap penyewa perlu memastikan rumah sewa sentiasa berada dalam keadaan bersih. -Gambar hiasan AI

"Tapi bilik dia bau macam makanan basi bercampur air mani dan peluh. Cadar, tilam dan bantal berbau. Barang mekap bukan main pakai berjenama.

"Kadang cawan dan pinggan dibiarkan tak dicuci selepas makan. Sampah dibiarkan berhari-hari dalam bilik sampai ada ulat dan lalat," ujarnya.

Lebih teruk, dia mendakwa bekas rakan serumahnya itu turut mempunyai masalah bau badan, terutamanya di bahagian intim.

  • Wanita kongsi cerita tentang rakan serumahnya yang pengotor.
  • Rakan serumahnya itu cantik namun membiarkan bilik tidur dalam keadaan kotor.
  • Rakan serumahnya juga malas membuang sampah sehingga menyebabkan rumah berbau busuk.
  • Paling teruk, dia mendakwa rakan serumahnya itu turut berdepan masalah bau busuk di bahagian kemaluan.

"Kalau dia duduk terkangkang, bau ikan masin. Ada masa itu, dia tumpang kereta kawan saya. Kawan saya pelik kereta berbau ikan masin.

"Lepas dia keluar, kawan saya hidu tempat dia duduk, bau dia buat pening. Lepas itu tak berkawan dengan dia lagi. Pengotor gila," ujarnya.

Wanita itu berkongsi kisah berkenaan menerusi satu hantaran di aplikasi Threads pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Stres hidup dengan orang busuk!” - Isteri dedah tabiat pengotor suami malas mandi, bau kepam menusuk sampai luar rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Pendiam tapi pengotor! Pemuda bengang rakan serumah berubah watak, malas cuci pinggan - “Dah bertingkat macam bufet”

Beberapa netizen turut meluahkan rasa jijik dan berkongsi pengalaman mereka berhadapan situasi sama.

"Makin kerap saya baca kisah macam ini. Bagaimana la perempuan-perempuan tu dididik sewaktu membesar?

"Ia keputihan yang ada jangkitan bakteria. Dia kena jumpa doktor, pada masa sama, ubah penjagaan diri," tulis netizen.

Artikel Lain