suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adik tiada lesen kemalangan, kereta tersadai tak bayar... Abang hilang sabar nama diguna buat ‘loan’

Elakkan mengguna individu lain sebagai penama kepada pinjaman peribadi. -Gambar hiasan AI

SIKAP suka berhutang demi gaya hidup mewah sering mengundang pelbagai masalah, lebih-lebih lagi membabitkan penggunaan nama ahli keluarga sendiri untuk mendapatkan pinjaman.

Seorang individu meluahkan rasa kecewa mengenangkan perangai adik lelakinya yang didakwa cuba membeli kereta terpakai menggunakan namanya, meskipun rekod kewangannya sudah bermasalah.

Menurutnya, adiknya sebelum ini pernah membeli sebuah kereta baharu namun terbabit dalam kemalangan ketika memandu tanpa lesen dan perlindungan insurans.

"Aku doakan proses loan kereta secondhand adik aku tak lulus sebab dia pakai nama aku yang dah blacklist. Dah banyak dia susahkan aku. Dulu dia beli kereta baharu lepas Itu terlibat kemalangan.

Ramai yang mengalami tekanan apabila berdepan bebanan hutang. -Gambar hiasan AI

"Dia accident tak ada lesen kereta. Insurans kereta pun tak renew. Lepas kemalangan, kereta tersadai tak tahu dah kena tarik ke tak sebab aku tak ambil tahu.

"Sekarang nak beli kereta lain guna nama aku. Jenis adik aku Ini tak fikir panjang. Biar papa asalkan bergaya ni memang payah. Berlagak tak nak guna motor, nak terus beli kereta juga," katanya.

Tambah individu berkenaan, dia juga berdepan kesukaran menggunakan kenderaannya sendiri kerana sering digunakan adiknya.

Lebih mengecewakan, dia mendakwa adiknya pernah menggunakan kad pengenalannya untuk membuat pinjaman dengan majikan tanpa pengetahuannya.

"Dia pernah guna IC (kad pengenalan) aku buat pinjaman dengan bos dia. Aku tahu pun sebab dia berhenti kerja dan hutanG itu belum langsai. Bos dia punya perangai kalah ahlong kejar aku.

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas pinjam beribu duit adik-beradik, bapa pengantin rayu simpati sepupu pula! Jaja cerita famili sendiri tak bantu kenduri kahwin anak

ARTIKEL BERKAITAN: 20 tahun bankrap ‘hasil’ jadi penjamin adik beradik! Bapa kini bebas, berpeluang buat umrah... Peminjam gagal bayar loan 500K

"Cakap nak riak je. Rumah sewa dia siap pasang aircond la, penapis air la, langgan internet bulanan lagi. Sedangkan rumah aku tak ada semua benda ni pun.

"Aku rasa sekali-sekala kena hamuk juga dia ni. Baran aku ni kadang ada sampai had," ceritanya lagi mengenai apa dilakukan si adik.

Luahan itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang menasihatinya supaya lebih tegas dalam berdepan situasi berkenaan selain menggesanya supaya tidak lagi membenarkan adiknya menggunakan kereta miliknya.

"Kalau pinjaman itu lulus sekali pun, pemilik nama tetap perlu menandatangani perjanjian. Kalau ada pihak lain yang tandatangan bagi pihak kita, boleh ambil tindakan undang-undang.

"Tegaslah dengan adik sendiri. Jangan bagi dia pinjam kereta lagi. Kalau mak ayah marah pekakkan telinga, sorok kunci. Ada duit pindah duk sendiri, kereta tu jangan pernah bagi pinjam lagi," komen beberapa netizen.

  • Adik guna nama abang mohon loan kereta.
  • Kereta lama belum selesai, mahu beli kereta lain pula.
  • Pernah guna IC abang buat pinjaman tanpa izin.
  • Abang bengang adik suka berhutang demi bergaya.
  • Netizen gesa pengadu lebih tegas dengan adiknya.

Menjelaskan keadaan sebenar, pengadu berkata nama adiknya masih mempunyai rekod tunggakan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia yang sebelum ini terbabit dalam kemalangan.

Katanya, kenderaan berkenaan tidak dapat dibaiki melalui tuntutan insurans kerana polisi tidak diperbaharui, manakala bayaran pinjaman juga didakwa sudah lama tertunggak.

"Nak renew insurans pun adik aku tak ada duit jadi nak buat claim pun tak boleh. Lepas tu kereta tersadai sekarang tak tahu la sudah kena tarik atau tak.

"Saya tahu je akan check semua ni tapi dia buat permohonan dengan kedai dan dia tak tahu kedai mana yang dia hantar tu," katanya lagi.

Artikel Lain