Jaga adab dan percakapan ketika majlis berada dalam majlis yang dihadiri ramai tetamu. -Gambar hiasan AI
KETERUJAAN seorang wanita untuk bertemu ibu saudaranya yang sangat rapat sejak kecil pada majlis pertunangannya sendiri bertukar menjadi satu detik hitam yang sukar dilupakan, selepas dia menerima jawapan yang cukup menyentap perasaan.Menurut wanita itu, ibu saudaranya yang mesra dipanggil 'mama' merupakan antara individu paling rapat dalam hidupnya, malah dia juga sering berkunjung ke rumah wanita berkenaan sejak zaman kanak-kanak lagi. Bagaimanapun, ketika majlis pertunangannya yang berlangsung pada 6 Jun lalu, sikap ibu saudaranya itu didakwa berubah 360 darjah sehingga membuatkan dia berasa janggal dan keliru.Tidak semua dapat menerima cara teguran kasar yang dilemparkan terhadapnya. -Gambar hiasan AI"Saya selalu juga datang rumah dia saja-saja. Tapi masa majlis saya, dia jadi macam orang lain. Saya tak tahu pun dia datang lambat."Saya siap tercari-cari dia dalam rumah dan bawah khemah, malah sempat tanya sepupu lain sama ada dia datang atau tidak."Lepas sarung cincin, saya turun ke khemah dan nampak makcik duduk di meja belakang bersama dua orang jiran yang tinggal depan rumah," katanya menerusi satu perkongsian di media sosial.ARTIKEL BERKAITAN: Bakal bertunang tapi GF buat hal! Kakak sebak tengok adik menangis teresak-esak, bakal ipar ‘kaki clubbing’ dah banyak kali menipuARTIKEL BERKAITAN: Wanita nekad batal pertunangan walau BF baik hati, tak tahan sikap ‘nonchalant’ - “Aku sayang dia sangat”Didorong rasa teruja, dia terus menghampiri ibu saudaranya itu sebelum menegur wanita berkenaan secara berseloroh, tanpa menyangka akan menerima reaksi yang sangat mengejutkan.Tambah wanita itu, dia yang terlalu terkejut dengan respons kasar tersebut hanya mampu membalas ringkas sebelum memilih untuk beredar dari situ bagi mengelakkan suasana menjadi lebih kekok."Saya saja tegur cakap mama tak cari saya pun. Jawapan dia buat saya rasa sakit hati, malu dan rasa macam-macam perasaan la. Teruja bertemu ibu saudara di majlis tunang, wanita terkilan dengan respons diterima.Gurauan mesra kepada makcik rapat sejak kecil berakhir dengan rasa malu dan kecil hati.Lama menunggu kehadiran ibu saudara, sekali bertemu terus rasa tersentak.Wanita dakwa sikap ibu saudara berubah ketika hadir ke majlis pertunangannya.Kata-kata ibu saudara di depan tetamu buat wanita sukar melupakan detik itu.Ringkasan ini dijana oleh AI"Dia kata... kau siapa mama nak kena cari? Dia cakap tu sambil besarkan mata dengan suara yang agak kuat. Saya pasti semua (tetamu) dengar. Kemudian saya cakap oh yelah tak apalah. Orang pergi."Saya terus tinggalkan dia dan pergi meja yang ada kawan-kawan. Padahal kalau dia nak tahu, saya dah lama tunggu dia datang," ujarnya yang terkilan dengan situasi tersebut.Menjawab pertanyaan netizen di ruangan komen mengenai kemungkinan ibu saudaranya berkecil hati atas sesuatu perkara, wanita itu mengakui tidak pasti puncanya."Saya tak pasti pula. Tapi dia ada bergambar sama dengan parents (ibu bapa pengadu) saya," jelasnya.