SETIAP individu menginginkan hubungan cinta yang terjalin berakhir di jenjang pelamin, namun tidak semua pasangan berkasih menemui kebahagiaan seperti yang diimpikan.Itulah situasi yang sedang dihadapi oleh wanita ini apabila dia mengambil keputusan untuk tidak meneruskan majlis pertunangan bersama kekasihnya, meskipun hubungan mereka sudah terjalin hampir lima tahun. Menerusi luahan yang dikongsikan di platform Threads, wanita itu mengakui hatinya semakin tawar akibat sikap pasangan yang disifatkan sebagai terlalu dingin atau nonchalant, sehingga membuatkan dia mengambil keputusan sedemikian.Lumrah setiap wanita menginginkan perhatian daripada pasangannya. -Gambar hiasan AI"Banyak sebab aku tak nak teruskan. Aku tak tahu nak jelaskan, tapi yang aku tahu, aku sakit bila kekal dalam hubungan ini. "Bila aku merajuk, dia tak pernah pujuk. Kalau seminggu aku diam, seminggu juga dia senyap dan tak cari aku," luahnya.Menurut wanita itu, sikap sedemikian sedikit demi sedikit menghakis perasaannya yang juga memerlukan perhatian dan pujukan.ARTIKEL BERKAITAN: Nekad batal nikah sebulan sebelum majlis, wanita tak teragak-agak 'lelong' barang kahwin... Tak sangka laku keras!ARTIKEL BERKAITAN: Wanita batal kahwin sebab tunang gaji sikit, tuntut dibayar ‘duit pelukan’ lebih RM17,000 dilakukan tanpa rela"Lama-lama aku jadi tawar hati. Kita sebagai perempuan, sebenarnya nak dipujuk," katanya.Dia mengakui keputusan tersebut bukan sesuatu yang mudah, apatah lagi kedua-dua keluarga sudah saling mengenali dan tarikh pertunangan turut ditetapkan pada Syawal akan datang.Malah ujarnya, beberapa persiapan awal seperti tempahan jurugambar, pelamin serta bayaran deposit juga telah dibuat.Seorang wanita mahu batalkan majlis pertunangan kerana hatinya tawar akibat sikap pasangan yang dingin.Pasangan tidak pernah memujuknya apabila dia merajuk.Kedua-dua keluarga sudah mengenali antara satu sama lain dan persiapan pertunangan sudah dibuat.Namun dia risau akan lebih terluka jika meneruskan pertunangan.Netizen menasihatkannya untuk utamakan kebahagiaan diri dan membuat persediaan mental sebelum melangkah ke alam perkahwinan.Ringkasan ini dijana oleh AI"Ibu bapa dia dah tahu yang majlis kitaorang tak jadi. Tapi keluarga aku tak tahu lagi."Aku tak tahu nak beritahu keluarga aku macam mana. Mereka dah bincang pasal baju, sanggup tawar diri nak sponsor barang hantaran dan macam-macam lagi. Itu yang buat aku lagi sedih."Aku sayang dia sangat. Dia lelaki yang baik. Cuma yang buat aku tak yakin adalah sikap dia... nonchalant," luahnya.Justeru, dia meminta pandangan warga maya mengenai keputusan yang dibuat, namun dalam masa yang sama mengakui dirinya bimbang akan lebih terluka jika melangkah ke fasa pertunangan atau perkahwinan.Sebahagian daripada reaksi warga maya terhadap perkongsian berkenaan."Aku risau kalau dah tunang atau kahwin nanti, aku lagi sakit dengan perangai dia," katanya.Perkongsian tersebut nyata mengundang perhatian ramai, dengan rata-rata netizen menasihatkan agar dia membuat persiapan dari segi mental sebelum melangkah ke alam perkahwinan yang penuh dengan cabaran."Cari ilmu dulu. Belajar sayang dan kawal diri sendiri. Lelaki rimas dengan perempuan yang asyik minta perhatian."Dalam perkahwinan, tak ada yang indah-indah belaka, semua naik turun macam graf jantung kita. Komunikasi kunci utama," antara komen netizen.Dalam pada itu, ada yang menyarankan supaya wanita tersebut mengutamakan kebahagiaan diri sendiri dan tidak terburu-buru membuat keputusan untuk mengelakkan penyesalan di kemudian hari.