suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita batal kahwin sebab tunang gaji sikit, tuntut dibayar ‘duit pelukan’ lebih RM17,000 dilakukan tanpa rela

Setiap wanita ingin kelihatan cantik pada hari perkahwinan mereka. -Gambar hiasan

SEORANG wanita menjadi tumpuan netizen selepas membatalkan perkahwinan dan menuntut ‘duit pelukan’ daripada bekas tunangnya.

Kejadian yang berlaku di Tiongkok, China itu menjadi tular selepas dilaporkan Henan TV, dengan lebih 23 juta tontonan di media sosial.

Memetik laporan media tempatan, wanita terbabit menerima hadiah 200,000 yuan (RM118,795) semasa majlis pertunangan pada Januari lalu.

Namun dua bulan sebelum majlis dilangsungkan iaitu pada November ini, dia nekad membatalkan perkahwinan kerana menganggap tunangnya terlalu jujur dan berpendapatan rendah.

Susulan itu, dia bersetuju memulangkan semula hadiah wang yang diterima.

Namun apa yang mengejutkan adalah dia menolak sejumlah 30,000 yuan (RM17,819), sebagai 'bayaran pelukan' yang dilakukan atas arahan jurugambar semasa sesi fotografi pra-perkahwinan.

Malah katanya, jumlah itu juga termasuk ganti rugi perbelanjaan sepanjang mereka bersama.

Selepas rundingan, kedua-dua keluarga bersetuju wanita itu memulangkan 170,500 yuan (RM101,273) kepada pihak lelaki, dengan permintaannya dipenuhi. -Agensi

 

Artikel Lain