suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita diikat di pokok selepas dirogol! Pelaku masih bergerak bebas

Mangsa rogol juga berisiko meninggal dunia disebabkan kecederaan yang dialaminya. -Gambar hiasan

SEORANG wanita yang dirogol oleh individu tidak dikenali pada Jumaat,10 Oktober lalumeninggal dunia keesokan harinya.

Kejadian itu didakwa berlaku di di Kulcharam, Telangana, India.

Menurut polis, mangsa yang sudah berkahwin itu keluar bekerjanamun tidak pulang ke rumahnya seperti kebiasaan.

Pada Sabtu, penduduk menemui mangsa diikat pada sebatang pokok dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Apabila polis sampai di tempat kejadian, mereka mendapati wanita itu masih hidup dan terus membawanya ke hospital.

Mangsa bagaimanapun meninggal dunia semasa menerima rawatan pada lewat malam Sabtu.

Berdasarkan pemerhatian awal, polis menyimpulkan mangsa dirogol sebelum diikat dan ditinggalkan oleh suspek.

Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan pendarahan di beberapa bahagian badan, yang mengakibatkan kematiannya.

Polis kini sedang giat mengesan suspek. -Agensi

Artikel Lain