suria

Kahwin dengan wanita Afrika, keluarga pengantin lelaki masam mencuka di majlis perkahwinan

Foto perkahwinan pasangan itu tular di media sosial.

FOTO perkahwinan seorang lelaki Cina dengan wanita warga Afrika mengundang perhatian netizen di media sosial.

Pengantin lelaki yang dikenali sebagai Chen itu melangsungkan majlis perkahwinan dengan wanita pilihannya di bandar Xintai, China.

Foto-foto hari bahagia mereka memperlihatkan pasangan itu tersenyum gembira, namun reaksi keluarga pihak lelaki kelihatan sebaliknya.

Ramai pengguna media sosial menegur reaksi serta wajah ibu bapa Chen yang tidak menununjukkan emosi gembira sepanjang majlis berlangsung. 

Tidak lama kemudian, seorang individu yang mendakwa mengenali keluarga tersebut mendedahkan bahawa ibu bapa pengantin lelaki sebenarnya menentang perkahwinan itu. 

Selain berbeza budaya, bangsa dan negara, Chen yang berusia 27 tahun juga 20 tahun lebih muda daripada isterinya. 

“Mereka cuba memujuk Chen, tetapi dia enggan. Akhirnya, mereka hadir ke majlis perkahwinan itu dengan terpaksa kerana tanggungjawab,” kata sumber seperti dilaporkan oleh 163 News.

Berdasarkan semakan, pengantin wanita itu bekerja sebagai pensyarah bahasa Inggeris di sebuah universiti di China.

Chen kini menutup ruangan komen akaun media sosialnya selepas foto perkahwinannya tular. -Detik..

Artikel Lain