suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Idan Aedan dedah tindakan undang-undang kes ugutan bunuh diteruskan, sokongan keluarga penguat semangat

Idan jelaskan dia masih menerima tohmahan gara-gara didakwa mempunyai hubungan dengan tunang orang.

PELAKON Idan Aedan memberitahu tindakan undang-undang berhubung kes ugutan bunuh diterimanya sebelum ini kerana didakwa menjalin hubungan dengan wanita yang juga tunangan orang masih berjalan.

Katanya, kini kes itu diserahkan sepenuhnya kepada pihak peguam untuk diuruskan.

Idan atau Muhammad Shahidan Abdullah, 22, berkata individu yang menghantar ugutan bunuh itu sudah tidak lagi mengganggunya, namun dia masih menerima mesej dan komen berbaur kebencian daripada akaun-akaun baharu.

"Secara mentalnya saya memang sudah tinggalkan perkara itu di belakang, tetapi kalau ada apa-apa yang diperlukan daripada saya, saya tetap akan beri kerjasama penuh kepada pihak peguam.

Idan berkongsi perkara itu ketika ditemui media. 

“Saya juga tidak pasang pengawal peribadi dan tidak takut langsung sebab kami tahu apa yang sebenarnya terjadi. Kalau ada orang mahu mencari saya atas perkara yang saya tidak lakukan, silakan. Awak jawablah dengan Tuhan,” katanya kepada mStar. 

Berkongsi pengalaman berdepan kecaman hebat buat pertama kali dalam kerjayanya, Idan mengakui dia pernah berasa tertekan apabila menerima kata-kata kesat warga maya.

Bagaimanapun, sokongan emosi daripada ahli keluarga berjaya memulihkan semangatnya sehinggakan dia kini mampu ketawa apabila terbaca komen-komen negatif yang ditinggalkan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Memang saya, tapi itu fitnah” – Evanatie Sannie mengaku dikaitkan isu ‘check-in’ dengan Idan Aedan, sahkan sudah putus tunang

ARTIKEL BERKAITAN: “Langsung tidak betul“ - Idan Aedan pertahan Dian Sastrowardoyo, akui aktres Indonesia rendah diri bukan sombong

“Masa mula-mula kena dulu memang agak tertekan juga melihat betapa celuparnya mulut orang boleh jadi. Saya siap terfikir kreatif juga mereka ini.

“Bila saya tengok balik sekarang, saya akan ketawa sebab banyak komen itu datang daripada satu negeri ini yang saya sendiri tidak faham maksud dialek mereka!

“Jadi saya macam tertanya-tanya apa yang mereka cakapkan ini. Sekarang saya lebih memilih untuk tidak membaca kebanyakan komen dan hanya fokus kepada perkara yang baik demi kesihatan mental,” ujarnya.

Dalam pada itu, Idan menitipkan pesanan kepada netizen agar lebih berhati-hati dalam menulis komen dan tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum tanpa mengetahui cerita sebenar daripada kedua-dua belah pihak.

Idan sebelum ini terpalit kontroversi dengan Eva. 

“Saya bertuah kerana dibesarkan dalam keluarga yang sangat menyokong. Bayangkan kalau netizen di luar sana melemparkan komen sebegitu kepada orang yang tiada sistem sokongan, mungkin individu itu sudah bunuh diri.

“Perkara ini sangat serius dan berbahaya. Kalau tidak tahu cerita penuh, janganlah berkata lebih-lebih dan jagalah mulut itu.

“Pada masa sama, golongan selebriti juga perlu menjaga privasi. Saya sendiri sangat risau melihat orang yang terlalu terbuka berkongsi jadual harian seperti lokasi gim dan sebagainya kerana mereka lebih mudah dijadikan sasaran,” katanya.

Artikel Lain