suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Langsung tidak betul“ - Idan Aedan pertahan Dian Sastrowardoyo, akui aktres Indonesia rendah diri bukan sombong

Idan nafi dakwaan Dian merupakan seorang pelakon yang sombong.

PELAKON Idan Aedan menepis dakwaan segelintir pihak yang melabel aktres popular Indonesia, Dian Sastrowardoyo seorang yang sombong atau bersikap 'diva' ketika berada di lokasi penggambaran.

Sebaliknya, Idan, 22, menyifatkan bintang filem itu seorang yang merendah diri dan mudah didekati sepanjang mereka bergandingan dalam filem The Fox King.

“Dia tidak bersifat diva, bahkan sangat merendah diri, tidak sombong dan mudah bekerjasama.

“Bagi seorang nama besar seperti dia, saya sendiri terkejut sebab dia banyak bertanya pendapat kami tentang bagaimana mahu menjayakan sesuatu babak di set penggambaran,” katanya kepada mStar ketika ditemui pada sidang media Top 5 Festival Filem Malaysia (FFM) ke-35 pada Sabtu. 

Idan berkongsikan pengalaman sebenar bersama Dian semasa sesi penggambaran. 

Mengulas lanjut, Idan mendedahkan Dian, 44, langsung tidak kekok meluangkan masa bersama rakan pelakon lain.

Malah, aktres itu juga tidak kisah untuk duduk berehat di tepi jalan sementara menanti giliran babak tanpa terikat dengan sebarang protokol atau syarat tertentu.

“Kadang-kadang kami duduk di tepi jalan, ketawa dan melepak sementara menunggu babak, begitu sahaja.

“Dia memang tidak sombong langsung dan layanannya seperti seorang kakak sendiri. Sangat menyenangkan serta sentiasa memberi bimbingan. Kalau orang cakap dia sombong, itu langsung tidak betul,” ujarnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Dian Sastrowardoyo sangat ‘humble’, Idan Aedan terharu dapat pujian... Seminggu berlakon sama sudah boleh jadi kawan

ARTIKEL BERKAITAN: Berlakon siri Netflix buka peluang buat Idan Aedan, 2 tawaran produksi Indonesia dan Australia dalam genggaman

Menyifatkan peluang bekerjasama dengan aktres tersebut sebagai impian yang menjadi kenyataan, Idan bersyukur kerana banyak menimba ilmu dan masih mengekalkan hubungan baik bersama Dian sehingga kini.

“Berlakon bersama Dian memang impian jadi realiti dan sebenarnya dia adalah salah seorang pelakon yang memang saya sasarkan untuk bekerjasama. Selepas penggambaran tamat pun kami masih berhubung dan dia banyak membantu memberi bimbingan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, bakat lakonan Idan menerusi filem Abah Saya Uncle Mike melayakkan dirinya tercalon dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik FFM35.

Idan dan Dian bergandingan dalam filem The Fox King.

Bakal bersaing dengan nama-nama hebat seperti Shaheizy Sam, Datuk Eman Manan, Beto Kusyairy dan Amerul Affendi, Idan bagaimanapun enggan meletakkan harapan tinggi dan menganggap pencalonan Top 5 itu merupakan satu kejayaan peribadi.

Untuk info, malam kemuncak FFM35 yang mengangkat tema Spektrum Sinema dijadualkan berlangsung di Istana Budaya pada 21 November depan.

Artikel Lain