suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tuduhan palsu jejas reputasi, Ruhainies sudah kumpul bukti dan minta pemfitnah tampil beri kerjasama

1 / 3
2 / 3
Ruhainies mengambil serius terhadap fitnah yang dilemparkan itu.
3 / 3

,

PELAKON Ruhainies menegaskan dia tidak lagi akan berdiam diri dan mahu mengambil tindakan tegas berikutan tuduhan palsu yang berlarutan dan sengaja ditimbulkan pihak tertentu bagi menjatuhkan reputasinya.

Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 34, mendedahkan dia memandang serius keadaan itu selepas berjaya mengumpul segala bukti dan maklumat yang diperlukan sebelum bertindak mengarkibkan hantaran berkaitan di media sosial.

“Terima kasih kepada semua yang membantu melancarkan dan mempercepatkan proses ini. Saya amat menghargai segala bantuan yang diberikan.

Hantaran Ruhainies di Threads. 

“Isu ini serta tuduhan-tuduhan palsu berkenaan sudah berlarutan sejak sekian lama. Saya tidak tahu siapa yang memulakannya atau dari mana cerita-cerita ini berasal.

“Saya memilih untuk berdiam diri sehingga kini kerana merasakan perkara ini sudah melampaui batas,” tulisnya.

Mengulas lanjut, Ruhainies kesal apabila segelintir masyarakat mudah mempercayai dan menularkan spekulasi liar tanpa bukti kukuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Ruhainies hidup mewah hasil kerja keras, bukan ‘ditaja‘ lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Ruhainies raih pendapatan hingga RM100,000 sebulan

Tegas Ruhainies, dia tidak akan berkompromi dan memastikan isu tersebut disiasat serta diselesaikan.

“Orang ramai mula mempercayai dan menyebarkan cerita-cerita ini tanpa sebarang bukti, seolah-olah sengaja mahu menjatuhkan reputasi saya.

“Harap maklum bahawa kali ini saya memandang perkara ini dengan sangat serius dan akan memastikan tindakan ini diteruskan sehingga ia diselesaikan sepenuhnya,” ujarnya. 

Ruhainies bakal ambil tindakan susulan terhadap fitnah berkenaan. 

Dalam pada itu, Ruhainies meminta supaya pihak yang terlibat tampil memberikan kerjasama secara profesional demi menyelesaikan kemelut tersebut secara baik tanpa memburukkan lagi keadaan.

“Saya benar-benar berharap pihak satu lagi akan memberikan kerjasama dan menangani perkara ini secara profesional agar kita dapat menyelesaikannya dengan baik serta mengelakkan sebarang komplikasi lanjut,” ujarnya menutup bicara.

Bagaimanapun, Ruhainies tidak mendedahkan secara terperinci mengenai latar belakang isu berkenaan mahupun identiti pihak yang dimaksudkan di dalam hantaran tersebut.

Artikel Lain