suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aedy Ashraf tiada hubungan istimewa dengan Azira Shafinaz, bidas dakwaan cinta lokasi... "Tidak sama sekali" 

Aedy dan Azira jawab spekulasi sedang bercinta.

PELAKON Aedy Ashraf tampil menjawab spekulasi yang mengatakan dia sedang menjalinkan hubungan dengan Azira Shafinaz. 

Menjelaskan perkara sebenar, Aedy atau nama sebenarnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 33, berkata dia dan Azira tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa melainkan sebagai sahabat. 

Menurut Aedy, keakraban yang dipamerkan mereka berdua hanyalah tuntutan watak bagi menghidupkan naskhah lakonan bersama dalam filem Tarung: Unforgiven. 

Azira dan Aedy berkongsi perkara itu ketika ditemui media. 

“Kita memang bercinta tapi dalam filem Tarung sahaja. Realitinya tidak, kami hanyalah kawan baik yang sangat rapat.

“Saya rasa lakonan Azira yang sangat mantap dalam filem itu betul-betul memberikan impak kepada audiens sampai ada yang rasa kami berdua ini bercinta.

“Tambahan pula kita selalu keluar meluangkan masa bersama kawan-kawan yang lain di luar, jadi mungkin dari situ timbul salah faham,” katanya kepada mStar ketika ditemui pada sidang media Top 5 Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35) di Finas, Petaling Jaya pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Aedy Ashraf hadiahkan kereta kepada ibu dan kakak sempena ulang tahun hari lahir sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Lahir ketika bapa dalam penjara, Aedy Ashraf kongsi pengalaman pernah ‘diculik’... “Sekarang dia di Kelantan, dah jadi orang masjid”

Mengulas mengenai dakwaan dirinya terjebak dengan cinta lokasi, Aedy menafikan perkara tersebut dan menyifatkan keserasian mereka terjalin atas dasar profesionalisme kerja.

“Oh tidak sama sekali. Tapi kami bekerjasama dengan cara yang sangat menyeronokkan,” jelasnya.

Sementara itu, Azira atau nama sebenarnya Azira Shafinaz Ramlan, 35, menganggap setiap spekulasi yang timbul itu hanyalah sebagai salah faham peminat. 

Aedy dan Azira hanya berkawan rapat. 

“Saya rasa orang salah tafsirlah. Sudah tentu bila mereka menonton filem Tarung, mereka mengharapkan apa yang dilihat dalam filem itu turut berlaku dalam realiti.

“Tapi sebenarnya tidak, kami memang kawan baik,” ujarnya. 

Sebelum ini, netizen mula merestui hubungan Aedy dan Azira apabila mereka berdua kelihatan sering bersama di beberapa majlis keramaian.

 

Artikel Lain