suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aedy Ashraf hadiahkan kereta kepada ibu dan kakak sempena ulang tahun hari lahir sendiri

Aedy hargai pengorbanan ibu dan kakaknya.

BERSEMPENA ulang tahun kelahirannya pada 20 September lalu, pelakon Aedy Ashraf menghadiahkan sebuah kereta elektrik dipercayai berjenama iCaur berwarna hitam kepada ibu, pelakon Liza Zain dan kakaknya.

Aedy atau nama sebenarnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 33, pemberian tersebut merupakan tanda penghargaan buat mereka yang sentiasa menjadi sumber kekuatan serta tidak putus mendoakannya.

“Aku hadiahkan juga sesuatu untuk ibu dan kakak aku sempena hari jadi aku.

Aedy kongsi kejutan buat ibu dan kakaknya.

“Aku percaya antara sebab aku masih berdiri dan bernafas sampai hari ini adalah kerana doa mereka yang tak pernah putus,” kongsinya di hantaran Threads.

Menerusi hantaran sama, Aedy turut berkongsi beberapa video memaparkan reaksi gembira ibunya ketika menerima hadiah tersebut.

Bagaimanapun, pelakon itu tidak berkongsi secara terperinci mengenai model atau harga kenderaan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lahir ketika bapa dalam penjara, Aedy Ashraf kongsi pengalaman pernah ‘diculik’... “Sekarang dia di Kelantan, dah jadi orang masjid”

ARTIKEL BERKAITAN: Ikmal Amry kenang keberanian Aedy Ashraf, patah tangan demi rebut semula telefon dicuri

Menurut Aedy, apa yang diberikan kepada ibu dan kakaknya itu tidak akan mungkin mampu menandingi segala pengorbanan serta kasih sayang yang dicurahkan oleh mereka.

“Apa yang aku berikan tidak akan setanding dengan segala pengorbanan, kasih sayang dan doa mereka untukku.

“Alhamdulillah, satu lagi tahun kehidupan, dan untuk mereka yang sentiasa ada,” ujarnya.

Sementara itu, rakan Aedy yang juga pelakon, Ben Ali, turut tumpang gembira melihat kejayaan sahabatnya itu menghadiahkan kereta baharu buat ibu.

Gelagat mesra antara Aedy dan juga ibunya.

Ben berkata, lapan tahun lalu Aedy hanya mampu membeli sebuah kereta terpakai untuk ibunya, namun kini hasil kerja keras dia sudah mampu menghadiahkan sebuah kenderaan baharu.

“Tahniah Aedy! Berjaya hadiahkan ibu kereta baru hasil daripada titik peluh dan kerja keras kau. Aku sangat bangga dekat kau!

“Beginilah rupa kerja keras dan ketabahan. Untuk lebih banyak pencapaian akan datang dibuka kuncinya!” kongsinya.

Artikel Lain