ANAK kepada penyanyi Datuk Nash, Shameer Nasha mengakui tidak mengetahui mengenai video bapanya sedang menunaikan solat dalam keadaan terbaring di katil hospital tular di media sosial.Menurut Shameer, 32, dia yang ketika itu berada bersama bapanya juga tidak pasti siapa yang merakam video berkenaan sebelum ia dikongsikan sehingga mendapat perhatian ramai. Bagaimanapun, kata Shameer, bapanya sememangnya amat menitikberatkan soal solat dan akan menunaikan kewajipan itu tanpa mengira keadaan."Sebenarnya saya pun tak tahu siapa yang rekod video ayah solat. Saya ada dengan ayah tetapi tak pasti siapa yang viral kan. Video Nash menunaikan solat dalam keadaan terbaring tular di media sosial."Alhamdulillah kalau bab solat sampai waktu memang dia akan terus solat. Kami akan bantu dia untuk ambil wuduk. "Saya pun tak tahu dia solat sambil baring di hospital itu boleh viral," katanya ketika dihubungi mStar.Dalam pada itu, Shameer berharap orang ramai tidak membuat sebarang andaian negatif berhubung video tersebut."Kalau boleh saya tak mahu orang fikir bukan-bukan, takut ada yang fikir nak buat content ke apa. ARTIKEL BERKAITAN: Nash dikejarkan ke hospital selepas terkena serangan jantungARTIKEL BERKAITAN: [V] Nash dimarahi Jay Jay sebab lagu ‘Pada Syurga di Wajahmu’, imbau jasa arwah terhadap karier seninya"Itu memang sifat sebenar dia. Memang kalau sampai waktu ayah akan terus solat," ujarnya.Dalam perkembangan sama, Shameer memaklumkan keadaan kesihatan Nash kini stabil dan doktor mengesahkan tiada kecederaan dalaman yang serius dialami bapanya."Alhamdulillah ayah saya kini berada dalam keadaan stabil dan doktor maklumkan tiada kecederaan dalam yang teruk. "Cuma kecederaan pada wajah itu saja. Buat masa ini, kami adik-beradik bergilir-gilir menjaga ayah di wad. "Buat masa ini doktor minta ayah untuk banyak berehat dan jumlah pelawat juga perlu dikawal kerana ayah bukan dirawat di wad biasa tetapi wad pemantauan," katanya. Sebelum ini, tular di media sosial sebuah video memaparkan Nash menunaikan solat dalam keadaan terbaring di atas katil hospital.Nash dikejarkan ke hospital selepas terlibat dalam kemalangan pada malam Rabu.Hantaran tersebut meraih perhatian ramai apabila tindakan Nash dipuji kerana tetap menunaikan kewajipan sebagai umat Islam walaupun sedang menerima rawatan.Pada malam Rabu, Nash terbabit dalam kemalangan motosikal ketika dalam perjalanan pulang dari surau selepas menunaikan solat Isyak.Nash kemudiannya dikejarkan ke Hospital Shah Alam sebelum dipindahkan ke sebuah pusat perubatan swasta untuk menerima rawatan.Akibat kemalangan itu, Nash dilaporkan menerima 24 jahitan di kepala dan 28 jahitan di bahagian dahi kiri.