PELAKON Niezam Zaidi mengakui memilih untuk menjauhkan diri daripada media sosial setiap kali berdepan kecaman dan kata-kata negatif daripada pengguna internet.Kata Niezam atau Mohd Niezam Mohd Zaidi, 34, media sosial sepatutnya menjadi penghubung antara dirinya dengan peminat, namun ada waktunya platform berkenaan membuatkan dia memilih untuk menghilang. “Media sosial menjadi penghubung saya dan kalian, tapi kadang bila tiba masa itu, di mana saya dijadikan bahan serta tempat untuk dicemuh, saya jadi hilang dari radar.Niezam tidak melatah walaupun sering dikecam netizen.“Hanya mahu diselubung tangis daripada berhubung, jauh dari media sosial.“Semoga mereka (keyboard warrior) diberkati dan dirahmati serta dijauhkan dari segala malapetaka sebab saya yakin, saya tidak bermusuh dengan sesiapa. Hanya menjalankan amanah diberi,” katanya.Niezam berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. ARTIKEL BERKAITAN: “Karma itu ada buat apa nak melatah” - Niezam Zaidi tak layan kecaman netizenARTIKEL BERKAITAN: [V] “Demi Allah, itu tidak benar!” – Niezam Zaidi berang reputasi terjejas akibat kes Fify Azmi dan wanita Singapura, rancang ambil tindakanDalam pada itu, Niezam turut meluahkan penghargaan kepada peminat yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya sejak dahulu.Katanya, sokongan tersebut menjadi motivasi untuk dia terus berkarya dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak seni.“Kepada kalian yang disayangi, terima kasih kerana sentiasa menyokong dan ada untuk saya dari dulu hingga sekarang.“Kalian adalah motivasi saya untuk terus berada di atas paksi agar sentiasa berkarya dengan penuh ambisi,” ujarnya.Mengulas mengenai kecaman diterima, Niezam memberitahu dia memilih untuk memaafkan mereka yang pernah mengherdik, memaki dan menghina dirinya.Niezam mengucapkan terima kasih kepada peminat yang tidak putus memberikan sokongan.“Kepada kalian keyboard warrior yang dihormati, sumpah saya maafkan kalian semua walaupun saya diherdik, dimaki, dihina, diherdik dan segala macam yang saya lalui meskipun hanyalah naratif bohong insani yang di luar waras pemikiran,” kongsinya.Pelakon filem Orang Perang itu bagaimanapun bersyukur kerana masih ada individu yang menghargai dan menyokong dirinya meskipun berdepan kecaman daripada segelintir pihak.“Saya bersyukur kerana jika 10 orang tak suka, cukup seorang yang suka itu sudah sembuhkan sedikit sebanyak segala duka.“Maafkan saya atas segala kekhilafan. Alhamdulillah Niezam okay, masih steady dan ready,” katanya.