suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Noor Nabila terbang ke Paris demi minyak wangi mewah untuk majlis kahwin

Noor Nabila sanggup ke Paris semata-mata mencari pewangi.

DEMI memastikan hari bahagianya berjalan lancar mengikut cita rasa dan kehendak sendiri, personalitI media sosial Noor Nabila sanggup terbang ke kota Paris, Perancis semata-mata untuk mencari wangian istimewa bagi majlis perkahwinannya bersama pasangan, Ameer Aiman.

Nabila atau nama sebenarnya Noor Nabila Mohd Noor, 41, berkata pemilihan haruman peribadi itu amat penting kerana ia bakal menjadi simbolik kenangan abadi bagi majlis mereka yang dijadualkan berlangsung pada penghujung tahun ini.

“Minyak wangi ini adalah satu memori. Saya mahu wangian ini sentiasa mengingatkan saya kepada hari perkahwinan saya walaupun bertahun-tahun selepas itu,” katanya kepada mStar. 

Noor Nabila dan kekasih (paling kiri) bertemu dengan pengasas Ex Nihilo iaitu Benoît Verdier.

Lebih mengujakan, Nabila meluahkan rasa bertuah apabila dia berpeluang untuk bertemu secara empat mata dengan pengasas bersama jenama minyak wangi mewah, Ex Nihilo iaitu Benoît Verdier.

Malah, pertemuan tersebut menjadi lebih bermakna apabila Verdier secara peribadi sudi menghasilkan sebuah formulasi khas bauan edisi terhad buatnya dan pasangan. 

“Saya tak sangka apabila Verdier sudi mencipta wangian khas untuk hari bahagia.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki berjambang kekasih baharu Noor Nabila, Mr AA 10 tahun lebih muda… “Keluarga dah restu, Alhamdulillah”

ARTIKEL BERKAITAN: Noor Nabila bercuti di Bali, ucapan ‘selamat datang bersama suami’ cetus tanda tanya netizen

“Lebih istimewa, kami memilih Ex Nihilo Lust In Paradise sebagai asas dan Verdier menambah elemen bunga mawar menggunakan teknologi The Osmologue bagi menghasilkan aroma yang lebih floral, feminin dan romantik,” ujarnya.

Sebelum ini, Nabila mengesahkan bakal menamatkan fasa janda bersama jejaka pilihannya, Ameer Aiman sebelum 2026 melabuhkan tirainya.

Nabila dan Ameer Aiman akan berkahwin pada hujung tahun ini. 

Kakak kepada selebriti dan usahawan, Noor Neelofa itu berkata, perancangan perkahwinan sudah dibuat dan mereka kini dalam proses melakukan persiapan.

Jelasnya, beberapa perkara penting termasuk urusan dokumentasi sudah diselesaikan, manakala persiapan majlis sedang berjalan secara berperingkat.

Artikel Lain