suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Bosan isu sekufu disalah erti, Puteri Sarah hanya mahu pasangan ‘satu kepala‘ jika berkahwin lagi

PERKONGSIAN pelakon Puteri Sarah Liyana mengenai kriteria pasangan hidup yang sekufu disalahertikan segelintir netizen sehingga mengundang kecaman terhadap dirinya.

Menjelaskan mengenai perkara itu, Puteri Sarah, 40, menegaskan hantaran berkenaan tidak ditujukan kepada sesiapa sebaliknya sekadar  pandangan peribadi mengenai rumah tangga Tun Mahathir dan Allahyarhamah Tun Hasmah yang disifatkannya sebagai pasangan sekufu.

"Tiada kena mengena dengan sesiapa, saya cuma memberi pendapat sahaja. Saya tengok Tun Mahathir dan Allahyarhamah Tun Hasmah adalah pasangan yang sekufu," katanya.

Padangan peribadi Puteri Sarah disalah erti.

Puteri Sarah berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Majlis Tahlil Tun Hasmah anjuran Datin Seri Umie Aida yang berlangsung di kediamannya di Kuala Lumpur pada malam Selasa.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Puteri Sarah berkata dia mempunyai pandangan berbeza selepas melalui pelbagai pengalaman dalam berumah tangga.

"Orang selalu salah faham. Orang ingat sekufu itu pasal harta atau pendidikan, bukan. Dulu pada awal-awal mungkin ya, itu pemikiran saya. Tapi sebab saya pernah berada dalam perkahwinan, jadi pada saya maksud sekufu itu lain.

ARTIKEL BERKAITAN: ”Saya tidak perli Bella Astillah” - Puteri Sarah jawab salah faham berhubung isu cari pasangan sekufu

ARTIKEL BERKAITAN: Cari pasangan hidup, Puteri Sarah jadikan Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah inspirasi

“Maksud saya sekufu itu adalah sama pemikiran, sefahaman dan kita boleh berkomunikasi. Orang selalu fikir sekufu itu harta atau status. Bukan. Bagi saya bukan lagi seperti itu,” ujarnya.

Malah  perkara utama yang dicari dalam pasangan kini adalah tahap mentaliti dan pemikiran yang selari bagi memastikan hubungan dapat bertahan dalam jangka panjang.

“Mentaliti. Itu yang kita mahukan. Kalau Insya-Allah perkahwinan saya yang seterusnya, itulah yang saya mahukan. Itulah maksud saya sekufu.

Tapi kita berhak untuk mencari apa yang kita rasa sesuai.

PUTERI SARAH LIYANA

PELAKON

“Saya penat nak guna perkataan sekufu nanti orang salah faham lagi. Maksud saya ialah mentaliti dan ‘frekuensi’ yang sama,” kongsinya.

Bagaimanapun dia tidak menolak kestabilan kewangan turut memainkan peranan dalam sesebuah rumah tangga, namun ia bukan keutamaan utama buat dirinya.

"Saya takut nak jawab. Nak kata harta tak penting itu tidaklah, perlulah untuk bayar bil dan sebagainya. Tapi pada saya yang penting ialah mentaliti. 

"Kewangan kena stabillah, sebab kita pun bekerja juga kan. Jadi kita sama-samalah," kongsinya.

Puteri Sarah cari pasangan yang sefrekuensi.

Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata ini juga percaya setiap orang mempunyai hak untuk mencari pasangan yang dirasakan sesuai dengan dirinya walaupun jodoh sudah ditentukan oleh Allah SWT.

“Memang kita tak tahu jodoh atau bakal suami kita macam mana kalau Allah dah bagi. Tapi sebagai manusia, kita juga kena mencari yang sesuai untuk kita.

“Sebab orang selalu kata pasal jodoh. Ya, jodoh. Tapi kita berhak untuk mencari apa yang kita rasa sesuai. Bila dah duduk satu meja, dah kenal dan bercakap, kita boleh tahu dia sesuai atau tidak dengan kita,” jelasnya.

Sebelum ini kenyataan Puteri Sarah di hantaran Threads disalah erti oleh netizen sehingga ada cubaan melaga-lagakannya dengan penyanyi Bella Astillah.

 

Artikel Lain