suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ameng Spring dan pengulas sukan, Abu Bakar Atan kini bergelar Datuk

Ameng (kiri) dan Abu Bakar (kanan) dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

PENYANYI Ameng Spring dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Pengurniaan itu berlangsung sempena Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Pahang Darul Makmur.

Istiadat tersebut diadakan bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-67 Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz pada Khamis. 

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Datuk Noor Hisam Nordin mendahului senarai 58 penerima darjah kebesaran dan pingat negeri berkenaan.

Ameng mendapat gelaran tersebut sempena  Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Pahang Darul Makmur.

Selain itu, bekas pemain bola sepak negara See Kim Seng dan pengulas sukan Abu Bakar Atan turut dikurniakan DIMP yang membawa gelaran sama.

Untuk rekod, Ameng atau Wan Aminuddin Wan Ismail, 57, mula bergiat aktif sebagai penyanyi pada 1988 dengan menyertai kumpulan Spring. 

Bagaimanapun, pada tahun 2021 kumpulan tersebut bubar apabila Ameng dah rakan-rakan mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing berikutan komitmen dan isu yang melanda ketika itu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan salah anggap, Ameng dan Azeva tak pernah putus hubungan!

ARTIKEL BERKAITAN: Dikawal ketat pegawai penjara, tidak boleh jumpa rakan artis... Ameng imbau kenangan menyanyi ketika tempoh tahanan

Antara lagu popular Ameng ialah Sampai Hati, Bourgenvilla, Sejiwa, Romantis, Pesanan Buat Kekasih dan banyak lagi. 

Mengenai kehidupan peribadi pula, Ameng pernah mendirikan rumah tangga dengan penerbit, A Aida pada 1993 dan bercerai pada 2023. 

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang anak perempuan. 

Ameng kemudiannya berkahwin dengan Sabariah Zakariah pada 2004 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Wan Ammar Haikal. 

Abu Bakar pernah mewarnai dunia sukan penyiaran sejak awal 90-an.

Sementara itu, Abu Bakar merupakan personaliti media, wartawan penyiaran, penganalisis serta pengulas sukan yang mewarnai dunia penyiaran sukan arus perdana tanah air sejak awal 1990-an.

Nama beliau cukup sinonim dengan stesen televisyen swasta TV3 apabila berkhidmat selama puluhan tahun sebagai pembaca berita, termasuk menerusi rancangan berita utama, Buletin Utama.

Selain dunia penyiaran, Abu Bakar turut dikenali menerusi penglibatannya dalam bidang sukan sebagai penganalisis dan pengulas bagi pelbagai acara serta program berkaitan sukan.

Artikel Lain