PENYANYI Ameng Spring berkongsi pengalaman luar biasa ketika diberi peluang membuat persembahan dalam program Kilauan Emas 5 pada tahun 2015 sewaktu masih menjalani hukuman penjara.Ameng atau Wan Aminuddin Wan Ismail, 57, berkata kemunculannya dalam program tersebut bukanlah atas permintaannya sendiri, namun ia merupakan inisiatif pihak Astro selaku produksi yang membuat permohonan khas kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN). Walaupun mendapat kelulusan untuk keluar membuat persembahan, dia tetap perlu mematuhi prosedur keselamatan yang sangat ketat."Kemunculan saya di Kilauan Emas itu bukan idea daripada saya, isteri atau pihak penjara tetapi Astro sendiri. Asalnya Astro mohon pada KDN.Ameng mengimbau kenangan sewaktu membuat persembahan di pentas Kilauan Emas 5."KDN beri kelulusan tetapi keluar tetap kena pakai gari, pakai baju penjara. Selain itu, saya tidak dibenarkan berjumpa dengan orang, tak boleh bersalaman dan tak boleh duduk dengan artis-artis lain."Saya keluar dari penjara dengan bas kerana 16 orang bersenjata dengan baju kalis peluru akan menjaga saya. Semua pegawai terlatih," katanya.Ameng berkongsi perkara itu menerusi sesi siaran langsung di TikTok miliknya.Dalam pada itu, Ameng memberitahu pihak produksi juga perlu menyediakan bilik khas yang memenuhi syarat ditetapkan pihak berkuasa.ARTIKEL BERKAITAN: Dikritik bekas banduan tak layak jadi Ikon Antidadah, Ameng buktikan dirinya sudah ‘bersih’ARTIKEL BERKAITAN: Untung Ameng, Ammar Haikal hadiahkan iPhone guna gaji pertama... Selepas ini video live TikTok lebih ‘clear’Menurutnya, gari di tangan hanya dibuka beberapa saat sebelum dia membuat persembahan di atas pentas."Saya disediakan satu bilik khas. Astro kena sediakan bilik yang orang tak boleh lalu-lalang, ada tandas dan surau sendiri. Di depan bilik itu pula ada empat pegawai menjaga saya."Gari hanya dibuka ketika saya betul-betul dah mula nak menyanyi. 40 saat sebelum saya menyanyi baru gari dibuka. Kena ikut prosedur, jangan main-main," ujarnya.Penyanyi lagu Pesanan Buat Kekasih ini turut berkongsi isterinya sendiri, Sabariah Zakaria, juga tidak dibenarkan mendekatinya sepanjang berada di lokasi program tersebut.Tambahnya, hos program berkenaan, Raja Azura, merupakan satu-satunya individu yang dibenarkan berada berhampiran dengannya selepas diberi taklimat keselamatan.Ameng sebelum ini pernah dihukum penjara atas kesalahan penyalahgunaan dadah."Tempat parkir khas pun perlu disediakan. Tak boleh masuk ikut pintu orang biasa. Saya kena masuk ikut laluan yang orang tak nampak."Raja Azura (hos) saja yang boleh dekat dengan saya, itu pun dia dah kena briefing dulu. Dia boleh rapat dengan saya itu pun sejauh tiga kaki," katanya.Untuk info, Ameng dihukum penjara lapan tahun dan dikenakan 10 sebatan selepas mengaku bersalah memiliki dadah jenis kanabis seberat 105.90 gram dalam sebuah bilik hotel di Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, Bandar Hilir.Ameng kemudiannya dibebaskan dari Penjara Kluang, Johor pada 14 Jun 2016.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!