suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dah 34 tahun dalam industri, ini kali pertama Yusry rasa penangan viral

Yusry terkejut rasai fenomena viral.

LEBIH sedekad aktif di belakang tabir sebagai pengarah, Datuk Yusry Abdul Halim mengakui kemunculannya dalam drama Dendam Seorang Mentua memberikan pengalaman baharu yang tidak pernah dijangka dalam perjalanan kerjayanya.

Sepanjang 34 tahun bergelar anak seni, Yusry, 52, berkata inilah kali pertama dia benar-benar merasai fenomena 'viral' yang sering diperkatakan generasi kini.

“Ini kali pertama dalam hidup saya, rasa macam mana viral itu. Zaman saya dulu mana ada viral.

Aura Yusry jadi perhatian netizen.

“Dulu, kalau orang tengok pun, kita kena turun ke lapangan dulu, baru orang ramai tahu. Tapi ini pertama kali saya dapat rasa benda ini. Agak susah untuk hadam dan agak susah untuk faham,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Yusry memberitahu dia bersetuju untuk kembali berlakon selepas mengambil tempoh rehat daripada dunia pengarahan, selain ingin mencuba sesuatu yang berbeza.

“Salah satu sebabnya ialah tahun lepas, saya sudah biasa bekerja di belakang tabir selama lebih kurang 10 tahun, tetapi tahun lepas merupakan tahun saya mengambil rehat kerana saya ada konsert.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak cukup hanya panggilan telefon, Yusry kekok bila berjauhan dengan isteri... “Itu juga menyakitkan sebab Lisa tiada di sini”

ARTIKEL BERKAITAN: Sekali tengok macam sama, Yusry minta hati-hati ada ‘scammer’ cipta akaun palsu

“Dalam fikiran saya, pertama sebab saya memang tengah free. Kedua, selepas lama di belakang kamera, kenapa tidak saya cuba buat sesuatu yang lain pula,” jelasnya.

Meskipun teruja kembali di hadapan kamera, Yusry mengakui dia turut berasa gementar dan kurang yakin diri.

Yusry mahu keluar dari keselesaan.

“Sebenarnya, sepanjang saya bersama KRU dari awal sampai 2018, saya tidak begitu selesa di atas pentas. Saya rasa insecure dan takut. Tahun lepas adalah kali pertama saya rasa thrill membuat persembahan semula.

“Jadi saya fikir walaupun di depan kamera pun saya selalu rasa nervous. Saya rasa mungkin saya patut cuba semula dan lihat bagaimana hasilnya,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain