suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan menekan-nekan... Fazura pilih hidup tenang, tak mahu orang luar tentukan jodoh

Fazura serahkan soal jodoh kepada Allah.

SERING menerima doa daripada peminat menyentuh mengenai jodoh, pelakon Nur Fazura memberitahu dia kini lebih memilih untuk menjalani kehidupan tenang pada usianya.

Kata Fazura, 42, dia menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Allah SWT tanpa mahu dipengaruhi pandangan orang luar.

“Saya mencari bahagia, tenang dan tenteram buat sisa-sisa hidup saya ini. Tak perlulah sesiapa menentukan ibarat mahu menyuap kehendak sendiri dalam mulut saya.

Fazura utamakan kebahagiaan anak.

“Allah SWT lebih mengetahui dan Maha Berkuasa ke atas segalanya, pasti aturan rahsia-Nya yang terbaik... Kun Fayakun... mohon doakan yang baik-baik, itu sahaja,” katanya dalam satu hantaran di Thread.

Fazura menulis kenyataan itu sebagai respon balas satu potongan video yang dimuat naik peminatnya di platform berkenaan.

Dalam video tersebut, Fazura berharap sekiranya dia bertemu jodoh sekali lagi, lelaki tersebut mampu menerima dan menyayangi anak perempuannya iaitu Nur Fatima Aisya.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura bangga pencapaian abang tamat pengajian undang-undang, Fatima mahu ikut jejak langkah ‘pak long’

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali tonton video tular, Fazura terkilan layanan terhadap anak... “Dia bukan objek”

“Doakan saya mendapat jodoh yang terbaik, membahagiakan, setia, beriman dan menyayangi anak saya Fatima.

“Semoga mendapat jodoh yang Fatima juga restu dan diredai Allah SWT. Itu yang paling penting,” ujarnya.

Pelakon filem Gol & Gincu itu bagaimanapun dilihat seperti kurang selesa apabila ada pihak cuba mengaitkan dirinya dengan individu tertentu termasuk golongan kenamaan.

“Sebab kadang-kadang ada yang cakap saya sesuai dengan VVIP, bukan dalam industri, sesuai dengan orang ini orang itu.

Nak tekan-tekan dan tentukan, tak perlu.

FAZURA

PELAKON

“Tapi kadang-kadang yang kita rasa terbaik, adakah kita nak pilih ataupun mahu Allah yang pilih?” luahnya.

Tambah Fazura, ciri seperti beriman dan sempurna pada pandangan mata kasar belum tentu menjanjikan kebahagiaan dalam sesebuah hubungan.

Dia turut tidak menafikan pernah ada individu yang cuba mendekatinya sebelum ini, namun percaya setiap pertemuan dan hubungan sudah ditentukan Allah SWT.

“Memanglah kalau dapat yang orang kata ada segala-galanya seperti beriman, semua itu bonuslah. Tapi kalau mereka tak dapat bahagiakan saya, macam mana nak buat?.

Luahan Fazura raih perhatian ramai.

“Bukan tak ada yang mendekati saya sebelum ini. Ada dalam kalangan saya juga. Hujung-hujung kita tak tahu ketentuan Allah itu adalah yang terbaik. Jadi harap semua doakan saya.

“Andai kata ada yang mendekati, berkawan dengan saya, jika Allah kata tidak, maka tidaklah,” jelasnya.

Dalam pada itu, dia turut meminta orang ramai agar tidak memberi tekanan berlebihan terhadap dirinya atau mana-mana pihak berkaitan soal jodoh kerana ia boleh memberi kesan emosi kepada seseorang.

“Tenang saja, tak perlu fikir teruk sangat mahu dengan orang ini, orang itu, nak tekan-tekan dan tentukan, tak perlu.

Fazura mahu peminatnya bertenang soal jdodoh.

“Kita semua percaya dan yakin dengan ketentuan Allah dan akan beri yang terbaik. Jadi relaks saja, jangan bagi saya dan mana-mana pihak tekanan.

“Sebab kalau beri tekanan, kadang-kadang orang itu boleh rasa nak bunuh diri, contoh,” ujarnya.

Sebelum ini, rata-rata peminat Fazura seakan-akan merestui hubungannya bersama aktor Que Haidar selepas mereka bekerjasama untuk sebuah kempen baju raya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain