suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Doa Sissy Imann di Hari Arafah tahun lalu dimakbulkan... “Masa itu teman lelaki pun tiada”

Sissy kongsi tips berdoa mengenai jodoh.

PENYANYI dan pengacara Sissy Imann meluahkan rasa syukur apabila doa yang dipohon semasa Hari Arafah tahun lalu sudah dimakbulkan oleh Allah SWT.

Menurut Sissy, 30, dia pernah berdoa agar dipertemukan dengan jodoh terbaik buat dirinya dan kini impian itu menjadi kenyataan apabila sudah bergelar isteri pada tahun ini.

Katanya, ketika itu dia masih belum mempunyai calon sesuai untuk dijadikan pasangan hidup.

Sissy syukur doanya dimakbulkan.

“Salah satu doa Hari Arafah saya tahun lepas minta cepat dipertemukan jodoh yang tepat dan Hari Arafah tahun ini saya dah kahwin.

“Masa itu teman lelaki pun tiada,” kongsinya di satu hantaran Thread.

Berkongsi mengenai doa yang dipanjatkan ketika itu, Sissy memberitahu dia hanya meluahkannya secara terperinci kemahuannya.

Malah dia sendiri tidak menyangka doanya yang begitu spesifik dimakbulkan dalam tempoh setahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Hasil kerja keras, Sissy Imann akhirnya berjaya miliki kediaman sendiri... Kondominium ‘low density’ ada parking depan rumah

ARTIKEL BERKAITAN: “Amanah yang perlu dilaksanakan dengan ikhlas” - Sissy Imann sedia jadi ibu tiri

“Doa saya ketika itu sangat spesifik seperti, ‘Ya Allah tahun depan Hari Arafah saya nak ada suami yang terbaik untuk saya’.

“Alhamdulillah,” ujarnya.

Sissy dan suaminya Dr Zamri.

Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya berharap agar doa mereka pada tahun ini dimakbulkan sama seperti Sissy.

Untuk rekod, Sissy mendirikan rumah tangganya dengan Dr Zamri Hilam Dr Hamzah pada 12 Disember tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain