MENGGALAS peranan watak Bayan dalam teater Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM), penyanyi Mimi Fly disifatkan sebagai seorang yang cukup dedikasi.Pengarah teater berkenaan, Puan Sri Tiara Jacquelina memberitahu Mimi rajin ketika sesi latihan dan sanggup mencuba sesuatu yang berbeza. “Mimi ialah seorang team player yang sangat rajin. Koreografi yang bukan bahagian dia pun, dia mahu belajar.Aisha dan Mimi antara dua watak utama dalam PGLTM. “Sebagai pengarah, saya suka apabila mendapat pelakon yang penuh dedikasi seperti Mimi,” katanya.Tiara menulis perkara tersebut dalam satu hantaran di Instagram berserta tangkap layar laporan media yang menyebut tentang jadual kerja Mimi yang padat ketika namanya diumumkan sebagai salah seorang pelakon PGLTM.Bukan itu sahaja, Tiara turut memuji penyanyi Aisha Retno yang memegang watak utama dalam teater tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Mila Mohsin curi-curi berlatih vokal, Tiara baru tahu ketika anak hadiri uji bakat Puteri Gunung Ledang ARTIKEL BERKAITAN: Tiada layanan istimewa, Aisha Retno kerja keras demi Puteri Gunung LedangTiara yang pernah memegang watak Puteri Gunung Ledang sebelum ini meluahkan rasa teruja untuk terus membimbing Aisha.“Aisha seorang yang merendah diri, rajin dan mempunyai keinginan untuk belajar.“Saya tak sabar nak membimbing dia menjadi puteri yang baharu,” ujarnya.Aisha dan Mimi komited menjayakan watak mereka. Selain Mimi dan Aisha, nama pelakon lain yang turut diumumkan terlibat dalam PGLTM ialah Aqasha sebagai Hang Tuah, Yusof Hashim (Gusti Adipati) dan Luqman Hafidz (Sultan Melaka).Sementara itu, Mila Mohsin juga diberi tanggungjawab membawa watak Puteri Gunung Ledang dan Nadia Aqilah sebagai Bayan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!