suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mila Mohsin curi-curi berlatih vokal, Tiara baru tahu ketika anak hadiri uji bakat Puteri Gunung Ledang

Tiara nafi miliki calon Puteri Gunung Ledang sebelum uji bakat.

PEMILIHAN Mila Mohsin sebagai salah seorang watak utama dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM) mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen, lebih-lebih lagi muzikal berkenaan merupakan projek ibunya iaitu Tiara Jacquelina.

Tampil menjelaskan perkara itu, Tiara, 58, yang juga merupakan pengarah teater memaklumkan dia sendiri terkejut apabila mengetahui anaknya turut menghadiri sesi uji bakat bagi produksi muzikal berkenaan tanpa pengetahuannya.

Menurut Tiara, Mila tidak pernah meluahkan hasrat untuk menyertai uji bakat kerana mengetahui dia sebagai ibu akan berasa serba salah untuk menilai kemampuan anak sendiri.

Puteri Gunung Ledang The Musical mula dipentaskan Oktober depan.

"Mila nak pergi audition pun dia tak berani cakap dengan saya sebab dia tahu saya akan susah hati dan berbelah bahagi. Anak sendiri memang susah kita nak judge.

"Nasib baik ada ramai panel yang buat keputusan," katanya kepada mStar.

Tiara berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas tamat minggu keenam program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor pada malam Ahad.

Dalam pada itu, Tiara berkata Mila sebenarnya sudah membuat persiapan rapi secara senyap termasuk menjalani latihan vokal selama beberapa bulan sebelum hadir ke sesi uji bakat.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Puteri Gunung Ledang The Musical dipilih secara telus, tiada pilih kasih atau ‘favoritism’

ARTIKEL BERKAITAN: Pelik kenapa ada dua pelakon Puteri Gunung Ledang? Karl Shafek tampil beri penjelasan

"Mila berlatih vokal berbulan-bulan tanpa cakap dengan kami. Tiba-tiba saya nampak nama dia dalam senarai.

"Saya pun terkejut bila dia buat audition," ujarnya.

Dalam pada itu, Tiara menegaskan tiada calon pelakon yang ditetapkan lebih awal kerana proses pemilihan dijalankan secara telus menerusi panel profesional.

"Saya tak akan buang masa berhari-hari duduk menghadap beratus orang yang datang audition kalau keputusan sudah ditetapkan.

Nak cari puteri bukan mudah.

TIARA JACQUELINA

PENGARAH

"Saya sendiri arahkan supaya audition dibuat sebab saya nak beri peluang kepada semua yang hadir," kongsinya.

Sementara itu, Tiara memberitahu pencarian watak Puteri Gunung Ledang bukan sesuatu yang mudah kerana karakter tersebut memerlukan komitmen tinggi termasuklah penghayatan serta latihan intensif.

"Nak cari puteri bukan mudah. Saya sendiri dulu melalui proses yang sangat mencabar termasuk membiasakan diri dengan budaya Jawa.

Mila dan Aisha pegang watak utama Puteri Gunung Ledang.

"Jadi alang-alang nak buat, saya mahu latih dua orang sekali gus," ujarnya.

Sebelum ini, pemilihan Aisha Retno dan Mila Mohsin sebagai pelakon utama Puteri Gunung Ledang The Musical dan menerima pelbagai reaksi daripada wargamaya.

Rata-rata netizen berpendapat pemilihan tersebut disebabkan mereka mempunyai 'kabel' serta pengaruh yang kuat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain