suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Linda Jasmine, Ratu tersingkir… Persembahan nyaris ‘tenggelam’

Persembahan Ratu gagal mendapat perhatian juri.

PASANGAN ibu dan anak, Linda Jasmine bersama Ratu, terpaksa berlapang dada apabila diumumkan sebagai peserta ketiga tersingkir dalam program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) yang berlangsung pada malam Ahad.

Pada malam tersebut, Ratu yang menyampaikan lagu Oh Carol! nyanyian Neil Sedaka serta berduet bersama Chubb-E, memperoleh markah terendah sekali gus menamatkan saingan mereka.

Penyingkiran itu juga menyebabkan Ratu tidak berpeluang meneruskan cabaran minggu hadapan dengan tema Tergamak Kau menerusi lagu Arabian Night.

Persembahan Ratu gagal mendapat perhatian juri.

Persembahan Ratu gagal mendapat perhatian juri.

Menurut juri tetap, Che Puan Sarimah Ibrahim, persembahan Ratu hampir tenggelam disebabkan kehadiran duetnya.

“Persembahan tak tenggelam, tapi nyaris. Awak patut fokus kepada kelebihan yang awak miliki,” katanya.

Dalam perkembangan lain, pasangan Jamilul Hayat bersama anaknya, Hussain, berjaya membawa pulang trofi Manager Paling Perform pada minggu ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Nana Mahazan, Althea peserta pertama tersingkir TTMM2

ARTIKEL BERKAITAN: Fazley reda Fariedz tersingkir TTMM2, bangga anak keluar bermaruah tanpa kontroversi

Sementara itu, Anggrek pula menerima Anugerah Inspirasi Kasih Eskayvie bagi minggu keenam.

Kesemua peserta diadili oleh dua juri tetap iaitu Che Puan Sarimah Ibrahim dan Datuk AC Mizal, bersama juri jemputan Puan Sri Tiara Jacquelina.

Program ini dihoskan oleh Aznil Nawawi dan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104), selain boleh distrim di Astro Go setiap Ahad, pukul 9 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain