suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

‘Ajar Aku’ karya Aizat Amdan selepas lama menyepi, lagu ketuhanan bawa mesej keinsafan

Aizat ubati rindu peminat dengan Ajar Aku.

LAMA menyepi daripada menghasilkan karya baharu, penyanyi dan komposer Aizat Amdan muncul dengan sebuah lagu berjudul Ajar Aku bagi mengubati rindu peminat. 

Lebih menerujakan apabila karya tersebut hasil kolaborasi bersama kumpulan Sekumpulan Orang Gila (SOG) dan juga Yuna.

Menurut Aizat, 37, tempoh ‘kehilangan’ diibaratkan seperti fasa untuk mencari idea sebelum menghasilkan lagu baharu. 

Ajar Aku membawa mesej keinsafan.

"Saya macam beruang yang hibernasi. Duduk dalam gua, kemudian keluar bila lapar. Jadi sekarang saya sedang ‘lapar’ untuk berkarya.

"Saya rasa dalam hidup ini akan ada beberapa momen istimewa dan ini salah satu momen yang saya sendiri tak sangka dapat bekerjasama dengan SOG dan Yuna," kongsinya.

Menurut Aizat, kolaborasi tersebut disifatkan sebagai rezeki yang tidak pernah dijangka dalam perjalanan seninya.

ARTIKEL BERKAITAN: Aizat Amdan rupanya aktif Muay Thai, abadi kepayahan sebagai peninju dalam ‘Tegap Berdiri’

ARTIKEL BERKAITAN: Dari LA ke kenduri Aizat Amdan, Yuna dedah projek 'Ai.Z' untuk pasaran Amerika

Malah Yuna juga merupakan antara individu terawal yang mempercayai potensi lagu tersebut, termasuk memberi dorongan untuk menghasilkan video muzik (MV) rasmi.

“Ini adalah satu kejutan yang Allah beri kepada saya. Saya sangat bersyukur dengan rezeki yang tidak pernah disangka.

“Kalau ikutkan hati, saya memang tak mahu ada momen sepi. Nak sentiasa ada lagu baru dan trending setiap masa. Tapi hakikatnya tak boleh juga sebab ada kekangan tertentu,” ujarnya.

Berkongsi mengenai pembikinan lagu Ajar Aku, Aizat berkata idea karya tersebut tercetus secara spontan ketika berbincang bersama SOG semasa mereka bertemu kali pertama dalam sebuah podcast.

SOG dan Aizat pertama kali berkerjasama.

Katanya, Ajar Aku bagaimanapun sangat dekat dengan dirinya kerana membawa mesej keinsafan selain berkait dengan hubungan manusia dengan Tuhan. 

“Secara peribadi, ada ketika saya rasa komunikasi dengan Tuhan seperti sudah pudar dan saya perlu ‘retune’ semula diri saya.

“Maksud pudar itu bila ada ketika saya tertinggal solat dan sebagainya,” jelasnya.

Dalam masa sama, Aizat memberitahu Ajar Aku bukan sekadar percubaan mencampurkan dua genre berbeza, tetapi merupakan usaha untuk memperluaskan landskap muzik tempatan dengan pendekatan yang lebih berani dan terbuka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain