suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jarang guna inhaler, kesihatan Jamilul Hayat semakin baik... Boleh berjalan tanpa tongkat

Aznil (dua dari kanan) berkongsi keadaan kesihatan Jamilul yang semakin baik.

PERJALANAN penyanyi veteran Jamilul Hayat dalam program realiti Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) menunjukkan perubahan positif dari segi kesihatannya yang dilihat semakin baik.

Jamilul Hayat atau Hayat Abdillah Mohd Ali, 65, berkata dia kini tidak lagi menggunakan alat sedut atau inhaler bagi membantu masalah sesak nafas yang dialaminya sebelum ini.

"Alhamdulillah dah tak ada rasa penat, sesak nafas pun dah tak ada lagi. Dah tak pakai inhaler lagi.

Jamilul dahulunya bergerak menggunakan tongkat.

"Rasanya dah dua minggu tak pakai, sebelum ini seminggu dua inhaler digunakan.

"Setiap dua jam mesti kena pakai. Sekarang ni Alhamdulillah dada rasa lapang, kembali normal dan sihat walafiat," katanya.

Dia berkongsi perkara tersebut ketika berbual bersama pengacara TTMM2, Datuk Aznil Nawawi yang memperkenalkan sebuah produk kesihatan untuk diamalkan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hidap masalah paru-paru kronik, Jamilul Hayat sanggup berkorban demi Hussain... Mahu selesaikan TTMM2 terlebih dahulu

ARTIKEL BERKAITAN: [V] ‘Urat malu’ dah putus, Hussain kini semakin berani... Marah baca komen kritik pengurusan

Dalam pada itu, Jamilul Hayat juga memaklumkan penggunaan tongkat yang digunakan selama dua tahun kini tidak lagi diperlukan.

"Tongkat pun dah tertinggal. Tak perlu pakai tongkat lagi. Dua tahun pakai tongkat.

"Saya nak bangun pun senang, sudah tidak terhegeh-hegeh lagi," ujarnya.

Sementara itu, Aznil menyifatkan perubahan Jamilul Hayat sebagai sesuatu yang sangat luar biasa sepanjang enam minggu program berlangsung.

Jamilul menjadi pengurus kepada anaknya, Hussain (kanan) dalam TTMM2.

"Ini dah minggu keenam. Pak Nil tengok satu perubahan yang sangat luar biasa untuk Pak Hayat (panggilan Jamilul Hayat).

"Inilah aturan Allah untuk TTMM, saya dapat bersama Pak Jamilul Hayat," katanya.

Untuk rekod, Jamilul Hayat sebelum ini berdepan masalah asma yang memerlukannya bergantung kepada inhaler, selain menggunakan tongkat bagi membantu pergerakan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain