PESERTA program realiti Talk To My Manager musim kedua (TTMM2), Hussain tampil menjawab dakwaan bahawa pihak pengurusannya bersikap kurang mesra dan sukar memberikan kerjasama kepada rakan media.Menafikan perkara tersebut, Hussain atau Hussain Jamilul Hayat, 23, berkata dia masih dalam proses menyesuaikan diri dengan dunia hiburan selain mengakui sikap pemalu dalam dirinya. “Tak betul cerita itu. Cuma diri saya sahaja yang masih belum keluar daripada kepompong rasa malu.Hussain kurang senang apabila pihak pengurusannya dipersalahkan. “Jadi malam ini (Ahad), saya buktikanlah yang manager saya buat kerja, pembantu pengurus buat kerja, semua orang buat kerja.“Sekarang saya masih dalam proses menyesuaikan diri dengan industri. Memang betul, saya agak kekok sedikit. Jadi saya cuba untuk perbaiki diri saya,” katanya kepada mStar.Hussain berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media konsert minggu kelima TTMM2 yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki anak Amyza Aznan dapat rakam lagu baharu, Adrian Adam terima tawaran 30 minit selepas buat persembahan di TTMM2 ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kim Khairii sudah berkahwin, miliki cahaya mata lelaki usia empat bulan… Isteri bekas artis rakaman asal SabahDalam pada itu, Hussain turut meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak mengaitkan nama bapanya iaitu penyanyi Jamilul Hayat serta individu terdekat dengan dakwaan tersebut, sedangkan mereka hanya membantu melancarkan urusan kerjaya.Katanya, ahli keluarga banyak memberikan idea dan sokongan terhadap persembahan yang ditampilkan setiap minggu, namun dia sendiri merasakan masih belum menunjukkan potensi sebenar.“Saya memang marah apabila benda yang tak betul diperkatakan. Mereka petik nama bapa dan orang sekeliling saya, padahal diri saya sahaja yang masih belum tunjuk kemajuan. Bapa saya cuma buat kerja dia sahaja. Sekarang saya masih dalam proses menyesuaikan diri dengan industriHUSSAINPESERTA TTMM2“Mereka semua sebenarnya banyak beri idea dalam persembahan. Jadi kepada yang tengok video atau baca di Threads, dakwaan tersebut tak betul. Saya akui, memang itu salah saya juga sebab masih lagi segan,” ujarnya.Mengulas mengenai reaksi terhadap komen negatif di media sosial, Hussain memberitahu perkara tersebut tidak menjejaskan emosinya, namun dijadikan sebagai motivasi ke arah kebaikan.“Secara peribadi, benda itu tidaklah terlalu mengganggu mental saya. Sebaliknya, beri semangat untuk buktikan yang saya boleh buat lebih baik lagi.Hussain dibantu bapanya sepanjang penyertaan dalam TTMM2. “Saya baca banyak komen di media sosial, memang ada rasa nak berubah. Ada kawan saya yang hantar perkongsian itu. Memang saya marah sampai buat siaran langsung dan persoalkan siapa yang buat cerita tersebut.“Sekarang dah masuk minggu kelima dan bagi saya, rasa malu itu dah semakin hilang. ‘Urat malu’ dalam diri saya dah putus. Jadi sekarang saya rasa lebih berani,” jelasnya. Sebelum ini, timbul dakwaan mengatakan pengurus Hussain kurang disenangi segelintir pihak kerana dikatakan terlalu tegas selain sukar memberi ruang kepada media mendekati penyanyi itu untuk sesi temu bual.Malah, terdapat juga dakwaan bahawa setiap urusan perlu melalui tapisan tertentu dan pihak pengurusan memaklumkan mereka tidak membenarkan sebarang penggambaran melibatkan Hussain.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!