SELEPAS kerap menjadi perhatian dengan aktiviti memasak di TikTok, penyanyi Aina Abdul akhirnya tampil menjawab persoalan netizen mengenai tujuan sebenar dia melakukan siaran langsung di platform tersebut.Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 33, berkata tujuannya hanya untuk mengisi masa lapang selain dijadikan sebagai medium untuk berinteraksi bersama peminat. Dalam masa sama, memasak juga baginya merupakan satu terapi.Aina tampil menjawab persoalan segelintir netizen."Tak perlu fikir deep sangat, itu sekadar mengisi masa lapang saya."Memasak adalah terapi buat saya sekarang. Secara tak langsung, saya dapat berhubung dengan peminat-peminat yang selalu minta saya buat live," katanya.Dalam pada itu, Aina turut mengakui dia masih kurang mahir dalam bidang masakan dan tidak menolak kemungkinan melakukan kesilapan ketika menyediakan hidangan secara langsung.ARTIKEL BERKAITAN: Sesekali Aina Abdul bersuara, balas komen negatif netizenARTIKEL BERKAITAN: "Jangan ambil serius sangat" - Aina Abdul jawab kritikan judul lagu 'Berjauh-an', ramai keliru penggunaan tanda sempang"Saya kurang ilmu tentang memasak."Jadi, kesilapan itu berlaku. Itu sahaja," ujarnya.Sebelum ini, tindakan Aina yang sering membuat siaran langsung di TikTok sambil memasak mengundang pelbagai reaksi netizen.Aina menjadikan memasak sebagai terapi diri.Malah, seorang pengguna Threads turut mempersoalkan kaitan kandungan tersebut dengan kerjayanya sebagai penyanyi."Apa konteks Aina Abdul dengan live masak-masak, letak ketumbar sekilo, masak lemak sampai melimpah ruah."Aku macam tak faham. Dia buat live masak-masak ke sebelum jadi artis?" tulisnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!