suria

"Jangan ambil serius sangat" - Aina Abdul jawab kritikan judul lagu 'Berjauh-an', ramai keliru penggunaan tanda sempang

Aina (kiri) menjelaskan tentang konsep lagu baharunya.

PENYANYI Aina Abdul tampil menjelaskan kekeliruan dalam kalangan netizen berhubung tajuk lagu baharunya, 'Berjauh-an' yang didakwa tidak tepat dari segi tatabahasa.

Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 31, berkata penggunaan tanda sempang dalam perkataan tersebut bukanlah satu kesilapan, sebaliknya merupakan sebahagian daripada konsep artistik yang ingin diketengahkan dalam kemunculan semulanya kali ini.

Kata Aina, idea tersebut digunakan bagi memberi gambaran visual tentang perpisahan yang ingin disampaikan melalui lagu berkenaan.

Aina (kiri) menjelaskan konsep lagu Berjauh-an.

"Untuk jelaskan perkara ini, ya daripada dari segi tatabahasa memang tak betul pun. Tapi tanda sempang di tengah itu hanyalah satu konsep untuk kemunculan semula (comeback) kali ini.

"Ia digunakan untuk menunjukkan dan menggambarkan perpisahan. Berjauhan terlalu biasa di mata saya, jadi saya letaklah Berjauh-an," katanya.  

Aina berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Eksperimen Aina Abdul dalam ‘Berjauh-an’, beri bayangan konsep album baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul buat kelainan fesyen tuala ‘good morning’ di Separuh Akhir AJL40, rupanya ada maksud tersirat

Dalam pada itu, Aina berharap perubahan kecil itu mampu memberi dimensi makna yang lebih mendalam terhadap kisah yang dibawakan

Penyanyi berkenaan turut memohon agar peminat tidak terlalu serius dalam memperdebatkan isu berkenaan memandangkan ia sekadar pendekatan kreatif.

"Bagi saya, ini memberi maksud bahawa hubungan itu memang sudah lama berakhir, sangat jauh dah. 

"Jangan ambil serius sangat, ini sekadar konsep sahaja. Mak saya bekas penggubal soalan UPSR Bahasa Malaysia, setakat ini mak saya tak pernah persoalkan pun bahagian itu.

Aina membuat kemunculan semula dengan lagu Berjauh-an.

"Rasanya okay saja. Orang pun masih faham maksud 'berjauh-an' tu, kan?," ujarnya.

Pada Jumaat, Aina melancarkan lagu Berjauh-an di semua platform penstriman. 

Susulan itu, pelancaran lagu berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, termasuk ada yang mempertikaikan penggunaan tanda sempang pada judul lagu tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain