TAMPIL dengan lagu baharu berjudul Berjauh-an, penyanyi Aina Abdul memberitahu karya tersebut memberi satu cabaran besar buatnya.Sebagai seorang penyanyi dan komposer, Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 33, mahu hasil ciptaannya berbeza berbanding yang pernah dihasilkan sebelum ini. Malah, dia juga mengambil langkah berani bereksperimen dengan genre yang tidak biasa dibawakan.Lagu Berjauh-an memberi cabaran besar buat Aina. “Cabaran terbesar dalam pembikinan Berjauh-an adalah dari segi penulisan lagu dan penentuan genre yang ingin diketengahkan. Selepas album Imaji, saya berazam untuk kembali dengan nuansa muzik yang berbeza daripada kebiasaan.“Saya membesar dengan pengaruh muzik pop jazz, dan dari situ timbul keinginan untuk menghasilkan lagu yang cenderung ke arah rentak bossa nova, namun masih mempunyai elemen moden,” katanya.Pemilihan genre berbeza juga memberi gambaran arah muzik serta konsep album baharu Aina yang dijangka bakal dilancarkan tahun ini.ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul buat kelainan fesyen tuala ‘good morning’ di Separuh Akhir AJL40, rupanya ada maksud tersirat ARTIKEL BERKAITAN: Sesekali Aina Abdul bersuara, balas komen negatif netizenTambahnya, kerjasama bersama pemuzik asal Indonesia, Vega Antares Setianegara, menjadikan lagu ini lebih menarik selain menepati cita rasa untuk album akan datang.“Proses mencari penerbit (producer) yang sesuai juga mengambil masa berbulan-bulan kerana saya ingin memastikan hala tuju muzik ini benar-benar tepat.“Akhirnya, saya memilih untuk bekerjasama dengan Vega Antares bagi merealisasikan bunyi dan susunan muzik Berjauh-an,” ujarnya.Lagu Berjauh-an membawa cerita hubungan yang terpisah. Berkongsi tentang maksud di sebalik lagu ini, menurut Aina, ia memberi makna yang cukup mendalam tentang hubungan cinta.“Berjauh-an mengisahkan tentang cinta yang kalah dengan jarak dan masa, di mana seseorang terpaksa melepaskan pasangan kerana perasaan sudah tidak lagi sama walaupun masih ada kenangan dan rasa sayang.“Ia juga tentang bagaimana jarak yang terlalu lama mampu mengubah hati, sehingga rasa itu perlahan-lahan hilang,” jelasnya.Lagu Berjauh-an mula dilancarkan di semua platform penstriman pada 24 April manakala muzik video akan ditayangkan pada 26 April. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!