LUAHAN hasrat usahawan Iqbal Zulkefli untuk mengubah penampilan Datuk Seri Vida mendapat kecaman segelintir pihak yang merasakan dia tidak berhak berbuat demikian.Tampil menjawab perkara tersebut, Iqbal atau Ahmad Iqbal Zulkefli, 32, memberitahu pandangannya adalah untuk kebaikan dan bukan dengan niat mahu menyekat kebebasan usahawan berkenaan. "Kenapa terdetik ini sebagai satu bentuk 'control'? Bukankah ini untuk kebaikan? Orang lain semua elok sahaja terima.Iqbal menjawab komen di Threads. "Walaupun hubungan sedang tidak baik, sekurang-kurangnya kami sudah kenal lebih 12 tahun berbanding kamu yang bukan sesiapa. I don't care," katanya menjawab komen netizen di Threads.Iqbal sebelum ini berkongsi pendapat tentang penampilan Vida yang dianggap berlebihan termasuk dari segi pemilihan gaya dan solekan.Dia yang sebelum ini pernah menjalinkan hubungan istimewa dengan Vida juga merasakan penampilan ringkas lebih sesuai buat wanita itu.ARTIKEL BERKAITAN: Dah beku telur tapi tak jadi kahwin punca Iqbal dan Vida tidak bertegur… “Masa tu dia masih subur” ARTIKEL BERKAITAN: Iqbal Zulkefli jalani pembedahan hidung, buat wasiat sebelum ditidurkan... "Harta dan aset saya menjadi milik orang susah sepenuhnya""Kalau saya dan Vida berbaik kembali, perkara pertama yang saya mahu buat adalah buang bulu mata dia."Kedua, saya nak kembalikan penampilan seperti zaman saya sebagai pembantu peribadi dia dahulu. Pakaian ringkas, minimal dan hanya dua tona sahaja maksimum," luahnya.Iqbal turut berkongsi beberapa foto lama bersama Vida sebagai contoh gaya yang lebih sesuai, dengan menggayakan beg tangan jenama mewah berharga RM40,000 pemberiannya.Iqbal tidak menolak untuk kembali berbaik dengan Vida. Tambahnya, idea seperti itu bukanlah untuk mengubah identiti Vida seperti yang sudah dikenali ramai."Bukan menghilangkan identiti asal dia, cuma penampilan lebih minimal," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!