suria

Komposer ‘sidai’ Syafeek Ikhwan, hasrat minta lagu baharu tidak kesampaian

Syafeek kecewa permintaannya diabaikan.

PENYANYI Syafeek Ikhwan berkongsi pengalaman permintaannya untuk menghasilkan sebuah lagu baharu diabaikan oleh seorang komposer.

Menurut Syafeek atau Muhammad Syafeek Ikhwan Ghazali, 38, komposer berkenaan tidak memberi sebarang respons terhadap hasratnya itu meskipun mereka pernah berhubung.

Biarpun tidak menyimpan sebarang dendam atau rasa marah, namun pengalaman itu membuatkan dia sedikit kecewa.

Perkongsian Syafeek di Threads. 

"Saya pernah hubungi seorang komposer hebat untuk minta lagu. Saya memang nak laburkan modal untuk lagu baharu waktu itu.

"Tapi mesej itu dibiarkan tidak berjawab, sedangkan mesej sebelumnya dia balas.

"Tidak berdendam, cuma kecewa sikit," tulis Syafeek dalam satu perkongsian di Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Syafeek Ikhwan kecewa tapi reda tersingkir ‘Big Stage Alpha’ - “Mungkin saya ditakdirkan untuk tidak terkenal” 

ARTIKEL BERKAITAN: Syafeek Ikhwan tak segan jadi peserta ‘Big Stage Alpha’ paling tua, bersaing dengan Gen Z

Susulan itu, Syafeek mengambil inisiatif untuk menghasilkan lagu sendiri berjudul Pernah Mati-Matian yang dilancarkan pada Januari lalu.

Penyanyi ini dalam masa yang sama melihat penghasilan lagu tersebut juga sebagai pendorong semangat untuk terus belajar mencipta karya lebih baik.

Syafeek tidak pernah patah semangat untuk menghasilkan lagu baharu. 

"Saya anggap belum ada rezeki untuk dapatkan lagu daripada orang sehebat dia. Hujung-hujung saya paksa diri tulis lagu sendiri. Begitulah terhasilnya Pernah Mati-Matian.

"Tapi saya sedar, itu bukan karya yang hebat. Banyak lagi perlu dipelajari untuk menghasilkan lagu yang bagus," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain