suria

‘Biru muka’ tahan nak ke tandas, Ernie Zakri jujur kongsi pengalaman sebelum buat persembahan... Lebih parah kalau pengacara cakap panjang

Peminat terhibur dengan perkongsian Ernie.

PENYANYI Ernie Zakri mencuri perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman spontan yang sering dialami setiap kali sebelum tampil membuat persembahan.

Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 34, memberitahu dia selalu berdepan situasi ingin ke tandas beberapa minit sebelum naik ke pentas.

Bagaimanapun, perasaan itu akan hilang dengan sendirinya sebaik sahaja dia mula menyanyi di hadapan penonton.

Ernie kongsi pengalaman yang sering dialami sebelum melakukan persembahan.

"Pernah juga rasa nak ke tandas betul-betul lima minit sebelum menyanyi. Selalunya, rasa nak ke tandas itu akan lenyap apabila mula menyanyi walaupun hanya satu baris lagu," katanya menerusi satu hantaran di Threads.

Perkongsian itu dibuat sebagai respons kepada pertanyaan peminat yang ingin mengetahui bagaimana penyanyi profesional mengawal diri ketika berdepan gangguan fizikal sewaktu membuat persembahan.

Ernie, dalam masa sama, mengakui situasi tersebut boleh menjadi lebih mencabar sekiranya dia perlu menunggu lama sebelum tiba giliran membuat persembahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ernie Zakri jawab tuduhan tak cakna isu halal haram… “Terpampang besar dekat kedai itu”

ARTIKEL BERKAITAN: Ernie Zakri tegur sikap suka cari salah lagu baharu… “Baju raya kita pun taste berbeza, apatah lagi muzik”

"Ia jadi masalah apabila perlu menunggu giliran lima minit tetapi pengacara bercakap panjang.

"Birulah muka di sebalik solekan, macam mana nak tahan, itu hanya Allah yang tahu,” ujarnya berseloroh.

Hantaran tersebut turut mencuit hati netizen yang rata-ratanya terhibur dengan kejujuran penyanyi berkenaan berkongsi pengalaman di sebalik tabir dunia persembahan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain