suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ernie Zakri jawab tuduhan tak cakna isu halal haram… “Terpampang besar dekat kedai itu”

Ernie dan Syamel berada di restoran nasi ayam terkenal Melaka.

BENGANG dituduh mengunjungi premis makanan tidak mempunyai sijil halal, penyanyi Ernie Zakri tampil memberi penjelasan terhadap komen negatif yang diterimanya.

Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 34, berkata individu berkenaan tidak peka dengan kewujudan sijil halal yang jelas dipaparkan dalam foto tersebut.

“Terpampang besar dekat kedai itu sijil halal. Insya-Allah,” tulisnya menerusi hantaran di Threads.

Ernie kongsi dirinya menikmati nasi ayam di restoran terkenal di Melaka.

Ernie menjelaskan perkara itu sebagai respons terhadap seorang pengguna media sosial yang menggesa orang ramai memboikotnya kerana didakwa tidak peka terhadap isu halal dan haram.

Dakwaan itu timbul selepas penyanyi berkenaan memuat naik foto menikmati hidangan di sebuah restoran nasi ayam di Melaka bersama suaminya, penyanyi Syamel serta anak perempuan mereka.

“Tolong boikot artis dan pempengaruh yang tak cakna isu halal macam ini,” tulis pengguna tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:  Ernie Zakri tegur sikap suka cari salah lagu baharu… “Baju raya kita pun taste berbeza, apatah lagi muzik”

ARTIKEL BERKAITAN: Syamel dan Ernie Zakri terbang ke Hong Kong, teruja rakam muzik video Suasana Raya satu keluarga

Hantaran itu bagaimanapun mendapat perhatian ramai yang tampil mempertahankan Ernie dengan memaklumkan restoran berkenaan mempunyai sijil halal yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Pergi semak laman web Jakim, memang ada sijil halal. Takkan Jakim menipu.

Netizen seru gerakkan boikot.

“Resit nampak tulisan Cina terus anggap tak halal?

“Nak kena tampal perkataan halal dekat dahi ke?” antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain