SELEPAS dikatakan sedang dalam fasa saling mengenali hati budi, pelakon Que Haidar tampil menjelaskan status sebenar hubungannya dengan aktres Nur Fazura yang tidak lebih daripada sahabat baik.Que atau Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 46, berkata, buat masa ini dia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk membawa hubungan tersebut ke fasa yang lebih serius kerana mahu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya dan perniagaan. Malah Que menambah, dia selesa berkawan dengan aktres itu memandangkan mereka sudah saling mengenali sejak awal penglibatan dalam industri seni.Que berkongsi perkara itu ketika ditemui media. "Kami memang kenal dan sudah berkawan lama sejak masuk dalam industri lagi. Dahulu pernah keluar bersama dengan rakan-rakan yang lain."Jadi, bila ada kerja bersama sekarang ini, kami jadi lebih rapat dan sudah selesa bersama. Saya boleh gelar dia sebagai sahabat yang saling sokong kerjaya masing-masing," katanya kepada mStar.Que berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Malam Gala Filem Malaikat Malam di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur pada Rabu.ARTIKEL BERKAITAN: Que Haidar hadiahkan sejambak bunga mawar merah jambu, Fazura tersipu-sipu maluARTIKEL BERKAITAN: [V] Que Haidar anggap Fazura sahabat lama… “Bila jumpa semula, mestilah ada rasa malu-malu”Mengulas lanjut mengenai status dirinya selepas bercerai dengan Linda Jasmine pada Julai 2024, Que menegaskan dia belum mempunyai niat untuk kembali mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.Malah, bapa kepada dua cahaya mata itu mempunyai prinsip sendiri dalam perhubungan yang mana dia lebih gemar untuk terus bernikah tanpa melalui fasa percintaan yang panjang."Sekarang ini saya sibuk dengan perniagaan dan kerjaya. Itu fokus saya sekarang. Belum terfikir mahu berkahwin.Que lebih selesa bersahabat dengan Fazura. "Bagi saya, untuk bercinta ini sepatutnya selepas berkahwin. Kalau ada jodoh, kahwinlah dahulu dan kemudian bercinta selepas itu."Kalau betul sayangkan seseorang, saya akan terus kahwin dulu," ujarnya.Dalam pada itu, menyentuh mengenai kehadiran Fazura pada majlis tayangan perdana filem lakonannya itu, Que menjelaskan keberadaan aktres tersebut hanya sekadar sokongan sebagai rakan industri."Dia datang hari ini (Rabu) untuk sokong kerjaya saya. Saya yang ajak dia untuk tengok bersama," tambahnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube