PELAKON Que Haidar mencuri perhatian ramai apabila menghadiahkan sejambak bunga mawar kepada aktres Fazura dalam satu pertemuan yang dirakam dan dikongsikan di media sosial.Momen manis itu difahamkan berlaku ketika kedua-duanya bertemu bagi menjayakan sebuah acara berkaitan jenama pakaian yang diwakili mereka. Kata Que atau Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 46, dia berterima kasih kepada Fazura kerana sudi untuk menemaninya ke bazar Ramadan."Haritu saya bagi (hadiah) Fatima (anak Fazura) kan? Ini (bunga) awak punya. Fazura (kiri) menerima jambangan mawar merah jambu."Terima kasih sebab nak pergi bazar Ramadan dengan saya," katanya. Dalam hantaran dibuat, Fazura yang terkejut dengan kejutan tersebut tidak dapat menyembunyikan rasa malu dan terharu.Fazura yang tersipu-sipu menerima jambangan bunga berwarna merah jambu itu membalas dengan nada berseloroh."Sebab nak pergi bazar Ramadan awak bagi saya bunga sebesar ini?ARTIKEL BERKAITAN: Komen Que Haidar dan Fazura buat ramai ketawa, Yuna Rahim pun ikut sama terhiburARTIKEL BERKAITAN: Netizen mula ‘kenenkan’ Que Haidar, Nur Fazura… Siap ada hashtag #QueLaFazkanDenganBismillah"Korang (kru) janganlah, merah muka saya," ujarnya. Sebelum ini, gelagat Que dan Fazura yang saling berbalas komen di platform Threads mengundang pelbagai reaksi ramai. Netizen turut mencipta tanda pagar rasmi buat mereka iaitu #QueLaFazkanDenganBismillah sebagai tandangan sokongan dan doa yang baik-baik. Namun tidak kurang juga yang menganggap ia sekadar gimik promosi. Gelagat Que (kiri) dan Fazura sering mendapat perhatian peminat.Untuk rekod, Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 47, sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan guru tari, Linda Jasmine pada 14 Februari 2009, namun disahkan bercerai pada 2 Julai 2024.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar, 17, dan Tengku Cleoptra Haidar, 15.Sementara itu, Fazura pula pernah bernikah dengan pelakon Fattah Amin pada 27 November 2017 sebelum disahkan bercerai pada 7 Oktober 2024.Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia enam tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube