PENGALAMAN peribadi yang pernah dilalui sebelum ini memberi inspirasi buat penyanyi Black Hanifah untuk tampil dengan lagu baharu berjudul Hadirmu Ramadhan. Black atau Hanifah Muhammad Hanafiah, 39, berkata karya hasil ciptaannya itu juga secara tidak langsung membawa gambaran keindahan bulan Ramadan. "Lagu tercetus daripada suasana Ramadan itu sendiri seperti kenangan malam-malam sunyi, doa yang dipenuhi kesyahduan serta rasa rindu yang hadir setiap kali bulan mulia ini menjelma. "Ia juga terinspirasi daripada pengalaman peribadi melihat bagaimana Ramadan mampu melembutkan hati manusia, walaupun hanya seketika, namun tetap meninggalkan kesan yang mendalam dan penuh makna," katanya. Black mahu kongsi mesej terbaik sempena Ramadan. Mengambil tempoh beberapa minggu untuk disiapkan, Black bekerjasama dengan rakannya iaitu Hazama atau nama penanya Kadok untuk penghasilan lirik. Bermula dengan perbualan santai, mereka kemudian berjaya menghasilkan sebuah lagu yang memberi makna cukup mendalam. Dalam masa sama, Black juga berharap lagunya dapat menyampaikan mesej yang tepat kepada pendengar. "Perbincangan santai mengenai lirik telah membuka ruang untuk penambahbaikan agar ia lebih selari dengan emosi dan melodi lagu.ARTIKEL BERKAITAN: 17 tahun bergelar penyanyi, Black Hanifah tak pernah ambil cuti sakit ARTIKEL BERKAITAN: [V] Black Hanifah kena ‘scam’, dakwa individu lari daripada tanggungjawab urus konsert"Antara cabaran untuk menghasilkan lagu ini adalah menyampaikan mesej yang dekat dengan pendengar tanpa terasa terlalu berat atau terlalu ringan," jelasnya. Lagu Hadirmu Ramadhan boleh mula distrim di semua platform penstriman muzik digital pada 24 Februari. Manakala video muzik rasmi boleh mula ditonton di saluran YouTube ‘Nova Music Videos pada 20 Feburari.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube