KUALITI drama Melayu sekali lagi menjadi perhatian apabila timbul kesilapan kecil yang mengundang kritikan penonton.Terbaharu, tular satu tangkap layar memaparkan babak daripada telefilem berjudul Mengharap Sebuah Keredhaan yang kembali ditayangkan pada Khamis. Menerusi hantaran yang dibuat oleh pengguna Threads @sufairaww, babak tersebut memperlihatkan pelakon Nad Zainal yang memegang watak Syima sedang membungkus kerepek.Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen. Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian adalah tindakan Nad Zainal yang dipercayai menggunakan penyodok sampah untuk mencedok makanan tersebut ketika proses pembungkusan dilakukan dalam babak itu. "Kenapa dia pakai penyodok sampah buat (untuk) mencedok kerepek. Memang macam ini ke? Bukan bahan yang selamatkan penyodok sampah tu?" soalnya. Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang menyifatkan perkara berkenaan tidak sepatutnya berlaku dalam produksi drama.ARTIKEL BERKAITAN: ‘Do Drama’ ketengah format drama pendek, lancar 8 siri original berbahasa MelayuARTIKEL BERKAITAN: ‘Bidaah’ nombor satu di Viu Malaysia dan Indonesia, atasi drama popular Korea Selatan"Aku pun tidak faham drama Melayu ini, main tangkap muat sahaja. "Peliklah, kan ada barang yang sepatutnya untuk digunakan, nak juga pakai yang lain. Macam tak boleh fikir! "Mungkin drama ini tiada bajet agaknya," kata netizen. Telefilem berjudul Mengharap Sebuah Keredhaan merupakan terbitan 2017. Untuk rekod, Mengharap Sebuah Keredhaan merupakan telemovie terbitan tahun 2017.Selain Nad Zainal, antara pelakon lain yang membintangi naskhah tersebut termasuk Aeril Zafrel dan Nam Ron.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube