PASTI ramai di antara kita yang gemar menonton drama pendek khususnya dari negara China di media sosial seperti Facebook dan TikTok.
Buat julung kalinya, sebuah aplikasi iaitu Do Drama dilancarkan yang mengkhususkan drama bersiri pendek pertama di Malaysia.
Dibangunkan oleh Drama Byte Sdn Bhd, Do Drama tampil dengan format video menegak dan lebih menarik ia turut menghimpunkan drama pendek berbahasa Melayu dan Mandarin.
Do Drama memperkenalkan lapan drama bersiri pendek original.
Pengarah urusan Drama Byte Sdn Bhd, Eric Tam berkata, aplikasi itu direka bagi menghiburkan penonton tanpa perlu mengikuti episod drama yang panjang.
Ia sekali gus memberi kemudahan kepada penonton menggunakan peranti mudah alih secara praktikal termasuk ketika melakukan kerja-kerja harian atau sebelum tidur.
"Dengan pelancaran Do Drama, kami bukan sahaja menyediakan aplikasi hiburan semata-mata tetapi juga memperkenalkan cara baharu bagi rakyat Malaysia menikmati drama tempatan.
ARTIKEL BERKAITAN: Pekin Ibrahim belasah kru produksi intai pelakon wanita di homestay... “Bila kantoi dia buat-buat sembahyang”
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Bidaah’ nombor satu di Viu Malaysia dan Indonesia, atasi drama popular Korea Selatan
"Sesuai untuk peranti mudah alih, berasaskan budaya setempat dan dicipta khas untuk penonton yang mahu menonton drama dengan cara mudah tidak kira di mana mereka berada," katanya.
Eric berkongsi perkara itu ketika pelancaran aplikasi berkenaan yang diadakan pada Khamis.
Dalam pada itu, selaku penerbit bersama Do Drama, pelakon Pekin Ibrahim melihat kewujudan aplikasi ini dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penggiat seni.
Kami bukan sahaja menyediakan aplikasi hiburan semata-mata tetapi juga memperkenalkan cara baharu bagi menikmati drama tempatan.
ERIC TAM
PENGARAH URUSAN DRAMA BYTE SDN BHD
Lebih istimewa platform ini banyak menggunakan wajah-wajah pelakon baharu untuk memberi peluang kepada mereka menunjukkan bakat dalam bidang lakonan.
"Dengan adanya aplikasi Do Drama ini, saya yakin ia dapat memberi lebih banyak peluang pekerjaan bukan sahaja kepada pelakon tetapi penulis skrip.
"Selain itu, untuk siaran drama televisyen biasanya pihak produksi perlu mengikut kriteria yang diminta stesen TV seperti nama-nama pelakon popular, tetapi di Do Drama, kami lebih terbuka dan mahu mengetengahkan bakat baru.
"Kalau bukan kita, macam mana artis-artis baru ini mahu mendapat tempat dalam industri hiburan," ujarnya.
Do Drama dilancarkan secara rasmi di Aurum Theatre, Kuala Lumpur pada Khamis.
Do Drama memperkenalkan lapan drama bersiri pendek original termasuk Paku Hatiku, Rumah Pusaka, Magika! Bulan Mengambang, Pendekar Malam dan Suara Hati.
Aplikasi direka dengan pelbagai ciri tontonan lebih interaktif dan menarik termasuk sari kata pelbagai bahasa, sistem ganjaran tersedia serta ulasan pada skrin di mana penonton boleh meluahkan perasaan menerusi komen bagi mencetuskan suasana tontonan sosial.
Do Drama kini boleh dimuat turun secara percuma di Apple App Store dan Google Play Store.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!