DITUDUH cuba melengah-lengahkan kes pengesahan taklik, isteri pelawak Along Cham iaitu Afreena Suhaimi tampil mempertahankan diri.
Jelas Afreena, 33, dia tidak berniat memanjangkan kes berkenaan dan tidak menipu berhubung kononnya wujud lafaz rujuk secara lisan dibuat Along terhadapnya pada Jun tahun lalu.
“Lafaz rujuk itu tiada pun tapi saya tak nak komen sebab bimbang akan disalah tafsir.
Afreena bela diri tidak berbohong.
“Tidak kiralah rujuk lisan atau batin, biar mahkamah yang membuat keputusan.
“Prosiding sebelum ini pun saya tak pernah cakap apa-apa fasal rujuk lisan atau batin dan semuanya keluar daripada mulut plaintif (Along),” katanya kepada mStar.
Afreena berkongsi perkara itu ketika ditemui pemberita selepas perbicaraan kes pengesahan taklik yang difailkan Along terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor pada Khamis.
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri punca kes taklik tangguh lagi, Along Cham dah tak sanggup hadap kecaman netizen
ARTIKEL BERKAITAN: Tak berminat pertahan rumah tangga, isteri harap Along Cham ceraikannya hari ini
Sementara itu, peguam syarie mewakili Afreena, Mohamad Iezwan Ielias berkata, penangguhan kes berpunca daripada fakta baharu dikemukakan Along prosiding hari ini.
Jelas Mohamad Iezwan, sebelum ini Along tidak pernah membangkitkan isu rujuk secara lisan terhadap Afreena.
“Malah dalam dokumen kes pun tidak dinyatakan mengenai perkara itu.
Tidak kiralah rujuk lisan atau batin, biar mahkamah yang membuat keputusan
AFEENA SUHAIMI
“Tapi bila mereka kemukakan fakta baharu (wujud lafaz rujuk secara lisan) ini menyebabkan kes menjadi panjang.
“Jadi tindakan seterusnya adalah kami akan buat secara bertulis supaya mahkamah ada rekod dan proses hari ini hanya berjalan sebahagian memandangkan terdapat banyak kes di mahkamah termasuk kekangan masa,” ujarnya.
Pada Khamis, Hakim Syarie iaitu Muhammad Nazri Basrawi menetapkan kes pasangan tersebut ditunda pada 1 dan 3 Julai depan.
Kes cerai Along dan isteri masih berlarutan.
Untuk info, pada 10 Mac lalu, Muhamad Nazri mengarahkan Along supaya melantik peguam bagi menguruskan kes mahkamah membabitkannya.
Along dan Afreena mendirikan rumah tangga pada 4 April tahun lalu yang juga perkahwinan keduanya selepas bercerai dengan bekas isteri pertama, Zila Saeron pada September 2016.
Hasil perkongsian hidup daripada perkahwinan itu, Along dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Daniel, 14, yang kini di bawah penjagaannya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!