suria

Tak berminat pertahan rumah tangga, isteri harap Along Cham ceraikannya hari ini

Along dan Afreena hadir di mahkamah untuk selesaikan kemelut rumah tangga mereka.

TIDAK lagi berminat mempertahankan rumah tangganya, isteri pelawak Along Cham iaitu Afreena Suhaimi sudah bersedia untuk diceraikan pada Khamis.

Afreena, 33, berkata isu berkaitan rumah tangga mereka menyebabkan kehidupannya menjadi kucar-kacir dan berharap semuanya dapat diselesaikan tanpa sebarang pertikaian atau masalah lain.

“Saya berharap semuanya selesai hari ini sebab perkara dah berlanjutan selama enam bulan bahkan hampir setahun.

Afreena sedia untuk dilepaskan.

“Harapnya hari ini tiadalah isu-isu kesalahan dokumen atau perkara tidak sepatutnya.

“Saya sudah bersedia lama untuk dilepaskan, harapnya semuanya selesai hari ini juga sebab benda ini kacau banyak benda termasuk kerja saya,” katanya kepada mStar.

Afreena berkongsi perkara itu ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor bagi kes pengesahan lafaz taklik.

ARTIKEL BERKAITAN: Along Cham pernah lafaz cerai 2 bulan selepas nikah tapi isteri tak berubah langgar janji

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sekali saja langgar taklik, isteri Along Cham akui wujud pihak ketiga

Afreena hadir sekitar pukul 11:38 pagi ditemani bapa, Suhaimi Shahruddin dan peguamnya, Mohamad Iezwan Ielias.

Sementara itu, Along hadir ditemani ibu, Siti Habsah Kadir dan peguam Muhammad Akmal Amzan hanya meminta supaya orang ramai mendoakannya.

“Doa yang baik-baik,” katanya ringkas.

Along ditemani ibu ketika hadir di mahkamah.

Pada 10 Mac lalu, Hakim Syarie, Muhamad Nazri Basrawi mengarahkan Along supaya melantik peguam bagi memudahkan urusan memfailkan dokumen berkaitan kes cerai mereka.

Along dan Afreena mendirikan rumah tangga pada 4 April tahun lalu yang juga perkahwinan keduanya selepas bercerai dengan bekas isteri pertama, Zila Saeron pada September 2016.

Hasil perkongsian hidup daripada perkahwinan itu, Along, 42, dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Daniel, 14, yang kini di bawah penjagaannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain