TERBUKA berkongsi kisah cinta, pelakon Pablo Amirul berharap hubungannya bersama doktor estetik iaitu Dr Hana Rose akan berakhir ke jenjang pelamin.
Kata Pablo atau Amirul Hisyam Mohd Sakri, 40, dia enggan membuang masa terlalu lama bercinta dan akan memaklumkan kepada peminat tentang hari bahagianya apabila tiba masa sesuai.
"Benda baik kita kongsikan. Sama seperti pasangan di luar sana kami mengharapkan satu destinasi yang halal (pernikahan), begitu juga saya.
Pablo tidak menolak sekiranya bertemu jodoh dengan Dr Hana (kanan).
"Tidak lagi menetapkan sebarang perancangan, saya serahkan semuanya kepada Allah, insya-Allah kalau tahun ini ada rezeki saya tamatkan zaman bujang, saya akan settle down (nikah). Malas nak buang masa.
"Saya tidak akan rahsiakan (perkahwinan), cuma tunggu masa sesuai untuk umumkan kepada peminat. Insya-Allah kalau dalam tahun ini nak kahwin, pasti saya akan kongsikan berita gembira," katanya kepadanya mstar.
Pablo berkongsi perkara itu ketika ditemui pelancaran aplikasi drama pendek pertama di Malaysia 'Do Drama' yang diadakan di Aurum Theatre, TRX, Kuala Lumpur pada Khamis.
ARTIKEL BERKAITAN: Pablo Amirul hampa misi larian gagal capai sasaran, tapi ada hikmah dapat dekatkan diri kepada Allah
ARTIKEL BERKAITAN: Dari Georgetown ke Dataran Merdeka, Pablo Amirul bakal buat larian solo 367km dalam tempoh 6 hari
Tambah pelakon ini peningkatan usia juga membuatkan dia serius mula berfikir mencari pasangan hidup.
Dia bagaiamanapun tidak mahu meletakkan harapan terlalu tinggi dan percaya ada jalan terbaik buat dia dan Dr Hana sekiranya mereka memang dijodohkan bersama.
Insya-Allah kalau tahun ini ada rezeki tamatkan zaman bujang, saya akan settle down (nikah). Malas nak buang masa.
PABLO AMIRUL
PELAKON
"Umur pun dah 40, kita ada juga impian nak kahwin macam orang lain, tapi saya lebih suka menggunakan pendekatan menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan.
"Saya sudah penat merancang, saya sudah penat untuk meletakkan harapan. Sebelum ini semua sudah tahu apa yang saya lalui dalam hubungan cinta," ujarnya.
Berkongsi lanjut, Pablo juga memberitahu hubungan mereka sudah mendapat restu keluarga.
Pablo menyimpan hasrat untuk mendirikan rumah tangga.
Yakin bahawa Dr Hana adalah wanita tepat, baginya tiada masalah untuk berkongsi kepada umum tentang kisah peribadi kerana ia sering menjadi perhatian ramai.
"Kami sudah berkenalan lebih kurang tiga bulan. Kami mula rapat sejak Ramadan lalu selepas mendapat restu.
"Jarang saya mendedahkan fasal hubungan cinta di sosial media, tetapi kalau saya satu Malaysia sudah tahu maknanya perkara ini serius," jelasnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!