suria

Amar Baharin sambung kayuhan ke Makkah dari Iran, air mata Amyra Rosli ada makna mendalam - “Saya reda dan ikhlas”

Amyra sentiasa mendoakan misi Amar berjaya.

BIMBANG umur tidak panjang antara kebimbangan sehingga membuatkan pelakon Amyra Rosli mengalirkan air mata apabila suaminya yang juga aktor Amar Baharin dalam misi berbasikal ke Tanah Suci Makkah.

Percaya dengan perancangan Allah SWT, Amyra atau Nur Amira Izzati Rosli, 34, bagaimanapun ikhlas dan reda melepaskan Amar menyertai misi tersebut.

“Memang saya reda dan ikhlas melepaskan Amar berkayuh tapi jauh di sudut hati saya ada kebimbangan kalau umur tak panjang di antara kami.

“Itu membuatkan saya mengalir air mata sebab sebagai manusia kita mampu merancang tapi Allah menentukan.

Amyra berkongsi perkembangan misi kayuhan Amar.

“Jika dipanjangkan umur sudah tentu saya mahu berjumpanya lagi dan sebab itu saya selalu pesan jaga makan dan jangan terlalu memaksa diri,” katanya kepada mStar.

Amyra berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media muzik video Bulanku nyanyian Wanns Ahmad di Ideas Hotel, Kuala Lumpur pada petang Khamis.

Dalam pada itu, Amyra memberitahu Amar akan bertolak ke Iran dari Bangkok, Thailand pada malam Khamis bagi menyambung kayuhan ke Tanah Suci Makkah.

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali berjauhan dengan suami, Amyra Rosli sebak lepaskan Amar Baharin sertai misi kayuhan ke Makkah

ARTIKEL BERKAITAN: Kayuh basikal 8,000 kilometer ke Makkah, isteri dan anak-anak tunggu Amar Baharin di Tanah Suci

Amyra memberitahu konflik yang sedang berlaku di antara India dan Pakistan membuatkan Amar terpaksa mengambil penerbangan ke Iran.

Dari Iran, Amar dan pendaki pertama Gunung Everest dari Malaysia iaitu Datuk Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin akan kembali berbasikal menuju ke Makkah.

“Ketika ini Amar dan Muqharabbin berada di Bangkok dan akan berlepas ke Iran menaiki kapal terbang pada malam ini.

Sekarang saya kena makan seorang diri, tapi tetap buat panggilan video dengan Amar

AMYRA ROSLI

PELAKON

“Mereka terpaksa naik kapal terbang sebab India dan Pakistan tak boleh masuk disebabkan pergolakan yang sedang berlaku.

“Demi langkah keselamatan, mereka terus ke Iran,” katanya.

Sementara itu, Amyra mengakui merindui rutin pergi bersarapan menaiki motosikal bersama suaminya setiap pagi.

Amar kini dalam misi berkayuh ke Tanah Suci.

Kata Amyra, sejak dua anak mereka sudah bersekolah, mereka menggunakan kesempatan itu menghabiskan masa berdua bagi mengeratkan ikatan suami isteri.

Bagaimanapun kata pelakon itu, Amar tetap menemaninya bersarapan menerusi panggilan video di telefon sejak menyertai misi tersebut.

“Anak-anak kami dah bersekolah, jadi selalunya kami akan pergi sarapan dan menaiki motosikal sama-sama.

Amyra hadir di majlis pelancaran lagu Bulanku.

“Sekarang saya kena makan seorang diri, tapi tetap buat panggilan video dengan Amar.

“Jadi tidaklah terasa sunyi sangat, nak cakap lebih-lebih nanti saya menangis pula,” ujarnya.

Amar atau Amar Mohd Baharin, 40, dan Muqharabbin memulakan misi berbasikal ke Tanah Suci Makkah sejak 27 April lalu.

Pasangan duo itu memulakan kayuhan dari Perlis ke Thailand dan dijangka tiba di Madinah pada Julai depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain