suria

Pekin Ibrahim belasah kru produksi intai pelakon wanita di homestay… “Bila kantoi dia buat-buat sembahyang”

Pekin beri pengajaran buat kru produksi yang kurang ajar.

BERANG dengan kelakuan tidak sopan, pelakon Pekin Ibrahim bertindak memukul salah seorang kru produksi filem berjudul Cerana Biduk Bu Merah lima tahun lalu.

Pekin atau nama sebenarnya Mohd Izhan Ibrahim, 42, berkata dia tindakan memukul lelaki berkenaan selepas tertangkap mengintai salah seorang pelakon tambahan dalam filem itu.

Cerita Pekin, sewaktu kru tersebut ditangkap melakukan perbuatan kurang sopan, dia sempat berpura-pura menawarkan diri untuk solat bersama.

"Kejadian 'seram' yang berlaku apabila saya menumbuk seorang budak kru kerana mengintai pelakon perempuan lain... situasi ini lebih seram daripada hantu.

pekin1 - 1

Pekin tidak dapat menahan kemarahan melihat tindakan kru tersebut.

"Saya bantai budak tu. Paling best, bila kantoi dia buat-buat sembahyang. Budak itu mengintai sambil rekod video.

"Sepanjang saya berlakon, saya tidak pernah pukul orang. Saya tidak boleh tahan dengan kelakuannya yang kurang ajar," katanya kepada mStar.

Pekin berkongsi perkara itu ketika ditemui di tayangan perdana filem Cerana Biduk Bu Merah yang diadakan di TGV Aeon AU 2 Keramat, Kuala Lumpur pada malam Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Susah lidah Kelantan nak tukar loghat nogori... Pekin Ibrahim terbawa-bawa dialek sampai ke rumah, Mona Allen pun naik pelik!

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pekin Ibrahim terima pelbagai petua supaya isteri cepat hamil, paling pelik diminta buka tingkap ketika hubungan intim

Filem itu menjalani penggambaran di Kuala Kangsar dan Lenggong, Perak.

Menurut pelakon filem Bunohan ini, dia mengetahui mengenai kejadian itu selepas pembantu peribadinya menerima panggilan daripada aktres berkenaan yang meminta bantuan mendakwa diintai oleh seorang kru.

Ketika ditanya, kru itu memberikan alasan tidak munasabah iaitu mahu menumpang solat di tempat tinggal pelakon wanita berkenaan.

Saya bantai budak tu. Paling best, bila kantoi dia buat-buat sembahyang.

PEKIN IBRAHIM

PELAKON

Bengang dengan tindakannya itu, Pekin terus memukulnya sebelum menghubungi pihak berkuasa.

"Pelakon itu menghubungi Botak (pembantu peribadi) yang budak kru itu ada di homestay mereka... ketika kejadian cuma ada pelakon dan kru tersebut sahaja.

"Apa yang peliknya, budak kru tu daripada set penggambaran yang agak jauh pergi ke rumah pelakon wanita semata-mata nak tumpang solat... sedangkan ada saja rumah untuk pelakon lelaki ada sahaja.

"Saya minta telefon bimbitnya namun tidak diberi... saya perasan dia macam nak padam sesuatu dari telefon itu. Memang kena (pukul) dengan sayalah dan kami terus buat laporan polis," ujarnya.

Sementara itu, pengarah filem tersebut iaitu Haizul Anafer Ali turut menjelaskan kru produksi terbabit telah pun diambil tindakan oleh pihak polis.

Kata Haizul, individu tersebut direman selama tiga hari sebelum dihantar pulang ke Kuala Lumpur.

"Saya tidak bersetuju dengan tindakan kru tersebut yang mengintai pelakon perempuan... kalau betul suka beritahu sahaja, tak perlu buat seperti itu.

pekin2 - 1

Pekin merupakan salah seorang pelakon filem Cerana Biduk Bu Merah.

"Budak itu telah dimasukkan ke dalam penjara selama tiga hari dan kami pun tidak mahu dia masuk semula ke set penggambaran.

"Selepas tiga hari pihak polis terus menghantarnya pulang ke Kuala Lumpur," katanya.

Selain Pekin, Cerana Biduk Bu Merah turut dibintangi pelakon popular termasuk Fasha Sandha, Wan Hanafi Su dan Badrul Muhayat.

Filem itu akan ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 12 Oktober depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain