TIADA angin tiada ribut, pelakon Mawar Rashid tampil memuat naik dua foto memperlihatkan dia tidak lagi mengenakan hijab di Instagram miliknya pada awal pagi Selasa. Menerusi foto berkenaan, Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 29, mengenakan baju putih bersama gaya rambut diikat kemas. Mawar menerusi kapsyen gambar tersebut hanya menyifatkan dirinya sudah mencuba tetapi gagal selain meminta maaf. Imej terkini Mawar yang sudah tidak bertudung. "Saya cuba tetapi saya gagal. Saya minta maaf," tulisnya ringkas. Ibu kepada tiga cahaya mata ini turut menyahaktifkan ruang komen pada hantaran berkenaan. Sementara itu, di Instastory miliknya pula, Mawar memaklumkan dia ingin berehat seketika dan akan kembali semula apabila dia sudah bersedia. ARTIKEL BERKAITAN: 23 tahun tak pernah bertentang mata, akhirnya Mawar Rashid jumpa adik kandung ARTIKEL BERKAITAN: Mawar Rashid dan Raf Yaakob timang bayi perempuan, beri gelaran ‘RSRS’ "Selamat tinggal dunia. Akan kembali apabila sudah bersedia dari segi mental. Sentiasa sayang korang," ujarnya. Sementara itu, usaha mStar mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu gagal selepas Mawar dan suaminya iaitu Raf Yaakob tidak menjawab panggilan yang dibuat. Pada Ogos 2020, Mawar memaklumkan dirinya terbuka hati ingin menutup aurat sepenuhnya selepas mengikuti kelas pengajian agama di Kelantan. Katanya ketika itu dia telah lama menyimpan impian untuk memakai tudung namun hatinya yang berbolak balik membuatkan dia sentiasa menangguhkan hasrat tersebut. Namun dia menyedari tanggungjawab sebagai wanita Islam bukan sahaja perlu sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan tapi tetapi juga melakukan perkara wajib seperti menutup aurat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!