suria

23 tahun tak pernah bertentang mata, akhirnya Mawar Rashid jumpa adik kandung

Mawar teruja bertemu kembali adiknya.

SELEPAS 23 tahun terpisah, pelakon Mawar Rashid meluahkan rasa teruja akhirnya dapat bertentang mata dengan adik kandungnya yang dikenali sebagai Aireen.

Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 28, berkata pertemuan itu juga membuatkan dia mula merasai perasaan bergelar seorang kakak.

"Inilah kali pertama jumpa adik kandung Mawar. Dapat peluk, bercakap dan kenal antara satu sama lain.

mawar rashid 3

Mawar terharu bertemu adiknya selepas lama terpisah.

"Aireen ada seorang lagi adik perempuan jadi saya ada dua orang adik kandung perempuan. Selama ini saya rasa saya anak bongsu," katanya.

Mawar berkongsi detik pertemuan itu di laman Instagram miliknya pada Jumaat.

Aireen merupakan adik sebapa Mawar tetapi berlainan ibu dan mereka tidak pernah bertemu sejak kecil.

ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki miliki anak tiri selepas kahwin, Mawar Rashid banyak belajar kehidupan sebagai seorang ibu

ARTIKEL BERKAITAN: Mawar Rashid dan Raf Yaakob timang bayi perempuan, beri gelaran ‘RSRS’

"Arwah bapa ada tiga isteri, ibu saya nombor dua. Saya tidak pernah jumpa adik-beradik dari isteri nombor tiga. Mungkin pernah jumpa tapi lupa sebab masa itu sangat kecil ketika saya umur lima tahun.

"Saya sangat suka ada adik angkat dan sentiasa mahukan adik perempuan. Alhamdulillah dapat betul-betul jumpa adik kandung. Dia sangat cantik, baik dan positif," ujarnya.

Tambah Mawar lagi, wajah Aireen persis arwah bapanya sedikit sebanyak dapat mengubat rindunya kepada lelaki itu.

mawar rashid 2

Wajah Aireen mengingatkan Mawar kepad arwah bapanya.

"Biarpun berlainan ibu, perasan sayang sangat menebal dalam jiwa Mawar bila berjumpa ngan Aireen.

"Seribu satu perasaan yang tak dapat digambarkan. Rasa terharu, rindu, kasih dan cinta sangat kat adik Mawar ini. Lebih-lebih lagi muka dia persis seperti arwah ayah," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain