suria

[V] “Silap saya mudah percaya orang”… Sufian Suhaimi menunggu rakan industri bayar hutang lebih RM100,000

GARA-GARA terlalu percayakan rakan, penyanyi Sufian Suhaimi terpaksa menagih hutang yang telah diberikan kepada beberapa individu sebelum ini.

Kata Sufian, 31, hutang terkumpul yang belum dilunaskan itu dianggarkan bernilai lebih RM100,000 dan sehingga kini masih belum dilangsaikan.

"Kadangkala saya tersilap memberi kepercayaan kepada orang lain. Berlaku penipuan yang melibatkan wang dan jumlahnya pula bukan sedikit.

sufian2 - 1

Sufian mendoakan agar individu berkenaan dapat menyelesaikan hutang.

"Kalau nak dikira, duit yang saya pernah pinjamkan kepada orang berjumlah lebih RM100,000 dan mereka yang meminjam itu pula dalam kalangan orang industri," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Sufian memberitahu dia sudah cuba untuk menghubungi individu berkenaan namun masih belum berjaya menuntut kembali wang berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sufian Suhaimi tiba-tiba minta maaf... netizen kata awal tak kalut, bimbang masuk trend 'Rudest celeb you’ve ever met'

ARTIKEL BERKAITAN: Sufian Suhaimi dan teman wanita tampil sedondon, sedia naik pelamin - "Saya panggil dia sayang"

"Saya dah hubungi mereka tapi masih belum dapat lagi sebarang bayaran... saya ni jenis cepat kasihan dan simpati dengan orang.=

"Terfikir mereka ada keluarga, jadi saya nak mendesak sangat pun rasa kasihan juga.

Kalau nak dikira, duit yang saya pernah pinjamkan kepada orang berjumlah lebih RM100,000.

SUFIAN SUHAIMI

PENYANYI

"Saya reda masih belum dapat wang itu tapi itu tak bermaksud kita menghalalkan sebab jumlahnya besar," ujarnya.

Meskipun wang pinjaman itu belum dipulangkan, penyanyi lagu Di Matamu itu tetap bersyukur kerana dia masih lagi mampu meneruskan kehidupan dengan sumber kewangan yang ada.

Dia juga mendoakan agar individu berkenaan dimurahkan rezeki dan dapat menyelesaikan hutang tersebut.

"Apa-apa pun saya masih lagi bersyukur kerana saya tidaklah rugi sampai 'terduduk' seperti tak tahu nak makan apa, tak dapat bayar sewa rumah dan sebagainya.

"Alhamdulillah saya masih belum lagi diuji dengan kesukaran seperti tahap itu. Saya harap Allah tak uji saya dengan kesukaran seperti itu.

"Kalau fikir balik jumlah wang yang ada pada orang tu bukan sedikit, banyak juga. Saya harap dia (penghutang) sedar dan dia ingatlah," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain