suria

Sufian Suhaimi dan teman wanita tampil sedondon, sedia naik pelamin - “Saya panggil dia sayang”

Sufian dan kekasihnya (kanan) hadir meraikan hari bahagia Aiman Tino.

PENYANYI Sufian Suhaimi mengakui hatinya kini sudah dimiliki oleh seorang wanita yang dikenalinya sejak tahun lalu.

Sufian, 31, bagaimanapun enggan terlalu mendedahkan identiti wanita berusia 23 tahun itu kerana bimbang dia akan menjadi perhatian ramai dan membuatkan kekasihnya itu berasa tidak selesa.

"Betul, itulah teman wanita saya. Bukan hendak berahsia, tetapi saya tidak mahu terlalu berkongsi. Kalau keluar bersama, kami buat seperti biasa dan tidak pula menyorokkan hubungan kami.

"Dia masih menuntut di sebuah universiti dan hampir menamatkan pengajian... saya panggil dia 'sayang'.

sufian suhaimi 2

Sufian sedia untuk mendirikan rumah tangga.

"Saya menghormati kehidupannya dan begitu juga dia. Mungkin dia tidak selesa kalau ramai mengenalinya dan menjadi tumpuan ramai," katanya kepada mStar.

Sufian berkongsi mengenai perkara itu ketika hadir ke majlis pernikahan sahabatnya, penyanyi Aiman Tino yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Sufian Suhaimi mahu buat ‘comeback’ nyanyian, rindu beraksi di pentas besar

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia orang biasa-biasa saja”... Sufian Suhaimi enggan buang masa bercinta, jawab foto kasut di IG Jasmine Suraya

Kehadiran penyanyi itu bersama wanita tersebut yang tampil sedondon berwarna merah turut menarik perhatian tetamu.

Sementara itu, penyanyi lagu Di Matamu ini, dia berharap hubungan tersebut akan berakhir dengan ikatan perkahwinan namun masih belum ada sebarang perancangan ke arah itu.

Kalau dah kenal dan bercinta pasti nak kahwin.

SUFIAN SUHAIMI

PENYANYI

"Saya memang tiada sasaran bila akan berkahwin. Namun saya sudah bersedia ke arah itu.

"Mestilah kami ada bercakap soal hala tuju hubungan ini sebab kami tidak mahu membuang masa. Kalau dah kenal dan bercinta pasti nak kahwin.

sufian suhaimi 3

Sufian lebih selesa tidak terlalu berkongsi tentang kekasihnya.

"Tetapi kami tidak ada sebarang perancangan setakat ini atau menghitung hari," ujarnya.

Menurutnya lagi, keluarga kedua-dua belah pihak juga sudah mengetahui tentang hubungan mereka namun belum bertemu antara satu sama lain.

Untuk rekod, Sufian pernah bertunang dengan aktres Elfira Loy pada 2017 namun ikatan itu terlerai empat bulan kemudian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain