suria

“Dia orang biasa-biasa saja”… Sufian Suhaimi enggan buang masa bercinta, jawab foto kasut di IG Jasmine Suraya

PENYANYI dan usahawan Sufian Suhaimi masih belum terfikir untuk menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat.

Kata Sufian, 31, setiap pasangan pasti mengimpikan impian untuk berkahwin, namun buat masa ini dia belum memikirkan untuk menamatkan zaman bujang.

“Sudah tentu apabila ada pasangan kita tak nak pasangan yang membuang masa mestilah kita ada niat untuk sampai ke jinjang pelamin.

“Tapi saya tiadalah sampai menyusun atau mengira waktu untuk hari tersebut.. Alhamdulillah semuanya masih dalam landasan yang betul.

“Saya bahagia dengan kehidupan saya tapi kalau ditakdirkan jodoh saya sampai cepat ke lambat saya okay dan selesa sahaja,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Sufian melancarkan produk baharu iaitu Kasih Pillow serta memberikan sumbangan Tabung Kasih untuk membantu mangsa keganasan rumah tangga, Jahidah Nordin.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi