suria

[V] Aliff Aziz ‘disondol’ lagi! Pelakon wanita berani mengaku jatuh cinta depan Bella Astillah... “Dia kata bodoh tersuka suami saya”

PENYANYI Bella Astillah tidak menafikan kata-kata amaran menerusi Instagram Story miliknya sebelum ini ditujukan kepada seorang pelakon wanita yang sedang menjalani penggambaran bersama suaminya, Aliff Aziz.

Bella berkata, dia berbuat demikian kerana bimbang sekiranya rumah tangga bersama Aliff kembali berantakan susulan gangguan orang ketiga.

"Mengenai hantaran di Instagram, saya sebenarnya risau seandainya kejadian lama berulang kembali. Sebagai isteri, memang ada perasaan trauma. Alhamdulillah, Aliff banyak berubah sejak kami rujuk.

"Selepas Aliff buat comeback, dia menjalani penggambaran dengan ramai pelakon wanita seperti Nad Zainal dan Intan Najuwa tapi tiada sebarang masalah.

Bella Astillah bersama suaminya, pelakon Aliff Aziz.

"Cuma yang baru-baru ini ada masalah, hantaran tersebut sebagai amaran dan saya pun bertanya kepada Aliff dahulu berhubung isu tersebut. Macam orang kata, sebelum apa-apa kita kena tanya suami kita dahulu," katanya kepada mStar.

Bella berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas persembahan program Famili Duo minggu ketujuh yang diadakan di Studio 2, Sri Pentas Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada malam Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hubungan dengan Aliff Aziz bermasalah, bertarung lembaga hitam dan mimpi didatangi ular... Bella Astillah terkena sihir pemisah

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah lalui fasa keretakan rumah tangga, Aliff Aziz dan Bella Astilah kongsi rasa bahagia dalam lagu

Dalam pada itu, Bella mendakwa, pelakon wanita tersebut selalu menghubungi Aliff berulang kali malah kejadian itu kerap berlaku selepas tamat waktu kerja.

Disebabkan itu, Bella mengakui dapat menghidu niat sebenar wanita berkenaan sekali gus membuat hantaran bermotifkan amaran.

Saya ada berhubung dengan pelakon wanita tersebut. Dia minta maaf, dia kata dia bodoh kerana tersuka pada suami saya.

BELLA ASTILLAH

PELAKON/PENYANYI

"Apabila hari-hari ada missed call tujuh hingga lapan kali, rasanya itu tidak perlu. Pada mulanya saya tak tahu itu nombor siapa. Apabila saya minta nombor individu tersebut daripada rakan artis, rupanya memang nombor yang sama.

"Rasanya individu tersebut pun sedar yang saya dah tahu, saya sendiri pernah berlakon dengan suami orang tapi tak pernah pun berhubung selepas waktu kerja. Kalau telefon sekali dua, saya faham.

"Tapi kalau tujuh lapan kali, saya tak nampak sebabnya," ujarnya.

287335846_728135905155546_3210031775984567755_n

Rumahtangga Bella dan Aliff diganggu orang ketiga.

Bimbang perkara tersebut berlarutan, Bella menghubungi wanita berkenaan namun dia terkejut akan pengakuan berani dibuat aktres tersebut yang mengakui menyukai Aliff.

"Saya ada berhubung dengan pelakon wanita tersebut. Dia minta maaf, dia kata dia bodoh kerana tersuka pada suami saya. Dia mesej dan WhatsApp saya tanpa henti, dia minta kami berkawan tapi saya tak mahu.

"Sekarang ini makin ramai yang berani mendekati pasangan orang lain. saya rasa sangat kecil dan tidak dihormati," ujarnya.

Tambah Bella, dia memerlukan masa untuk memaafkan individu tersebut sekali gus meletakkan syarat kepada Aliff untuk tidak bergandingan lagi dengan pelakon berkenaan.

305069854_751649179271461_3119168105212988841_n

Bella dan Aliff bersama anak-anak mereka.

"Saya ini hanyalah manusia biasa. Mungkin proses ini mengambil masa perlahan-lahan. Kejadian sebelum ini saya pun dah maafkan dan lupakan. Saya tidak simpan perasaan dendam dan benci.

"Cuma kejadian yang terbaharu ini saya tidak boleh terima. Sebagai orang industri, mungkin dia pun tahu apa yang pernah kami lalui. Dia sepatutnya lebih berhati-hati.

"Apa pun, Aliff dah bersetuju untuk tidak lagi berkerjasama dengan pelakon tersebut selepas ini. Mereka ada sebulan lagi untuk penggambaran. Aliff pun ajak saya datang ke set kalau ada kelapangan," jelasnya.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Ayden Adrian, 6, dan Ara Adreanna, 3.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain